17 February 2024

TAWAR RM500 CARI WANITA KUTVK ISTERI MENANGIS JUAL KERETA - ALI PUTEH BERSYUKUR BERJAYA KUMPUL RM75,000 HASIL JUAL KERETA, MOTOSIKAL & TROFI



Semua sedia mengetahui mengenai Ali Puteh dimana pelawak itu menjual beberapa trofi kemenangannya, kereta Honda Accord dan motosikal jenis RXZ, bagi melangsaikan tuntutan sam@n kepada kakak iparnya yang juga balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Hamzah.

Menerusi akaun TikTok, Ali meluahkan rasa syukur apabila berjaya mengumpul RM75,000 hasil jualan tersebut, selain mengucapkan terima kasih buat mereka yang membeli barangan berkenaan.

Dalam pada itu, Ali turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakan buat dirinya dan keluarga. Kata Ali, semoga Allah membalas jasa baik mereka.

Perkongsian Ali itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meluahkan rasa syukur serta mengatakan selepas ini, pelawak tersebut dapat memberi fokus kepada perniagaan sambalnya selepas ini.

Namun bagaimanapun, ada seorang wanita telah memperlek£hkan tindakan isteri Ali menangis apabila terpaksa melepaskan kereta mereka. Ujar wanita itu, sepatutnya isteri gembira suaminya mahu melangs@ikan hut@ng.

Tambah wanita itu lagi, sekiranya suami meninggal dunia, hut@ng tersebut harus dit@nggung oleh warisnya iaitu anak-anak Ali kelak.

Klik untuk gambar besar

"Kau jenis perempuan apa ni? Kau suka laki kau hut@ng sana sini, lepas tu korang enjoy korang tak nak bayar hut@ng orang lain. Mana boleh," kata wanita itu.

Enggan berdiam diri, Ali tampil bersuara berhubung video wanita itu, dimana dia menyediakan ganjaran jika ada pihak membantunya mencari individu berkenaan yang dipercayai menetap di Johor.

Kata Ali, dia sudah menjangkakan video isterinya itu pasti akan menjadi perhatian ramai.

"Aku agak dah akan muncul mcm ni... Isteri aku pulak kau petik… Ade siapa boleh cari kan manusia ni??

"Dengar duduk Johor... esok kebetulan ke Johor... siapa ada nombor atau alamat RM500 saya bagi... kau petik bini aku ekhhh," tulisnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: