14 February 2024

AL-FATIHAH - KAKAK DATUK SHAKE KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada penghibur legenda Malaysia, Datuk Shake, 73, atas pemergian kakak tersayang, Allahyarhamah Siti Faridah Sheikh Ahmad yang meninggal dunia, semalam.
Berita duka itu dikongsikan Datuk Shake atau nama sebenarnya, Sheikh Abdullah Ahmad Bahweres menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

"Innalillahwainnalillahirojiun kepada my sister (kakak saya), Siti Faridah Sheikh Ahmad meninggal dunia pada 13 Februari 2024.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.. Amin," tulisnya.

Menerusi ruangan komen di perkongsian itu, Datuk Shake dan keluarga menerima ucapan takziah daripada warga maya yang turut sedih dengan perkhabaran berkenaan.

Untuk makluman, Datuk Shake yang menceburi karier nyanyian di Malaysia pada tahun 1970-an, popular dengan lagu seperti 'Umi', 'Anugerah Dari Kegag@lan', 'Lina', 'Kau Bunga Ku' dan banyak lagi.

Beliau dan keluarganya yang kini menetap di Perancis, sebelum itu difahamkan pernah berhijrah ke H0llywood, California, Amerika Syarikat (AS) pada 1988 hingga 2011.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: