14 February 2024

SELEPAS DUA TAHUN BERCINTA - PENYAMPAI FLY FM KINI BERTUNANG DENGAN GADIS SEPANYOL



"Saya sudah bertunang dengan cinta hati saya hari ini (semalam). Saya kena rahsiakannya sepanjang satu minggu kerana saya melamarnya dalam pawagam. Jadi, saya kena rancang segalanya.
"Buat Sylvia Good, sejak pertemuan pertama kita, saya tahu perjalanan bersama kamu takkan pernah tak luar biasa. Hari ini, selangkah lagi kita akan hidup bersama, cinta saya terhadap kamu terus mekar."

Ujar penyampai radio Fly FM dan pempengaruh iaitu Arieff Yong, 29, yang memberitahu, dia kini sudah bertunang dengan gadis dari Sepanyol, Sylvia Good selepas dua tahun bercinta.

Kata Arieff atau nama sebenarnya Arieff Efenddy Yong, dia merancang selama seminggu untuk melamar Sylvia yang disifatkannya anugerah terindah dalam hidupnya.

Arieff yang memiliki lebih 357,000 pengikut di Instagram itu berkata, dia memang tidak berahsia mengenai hubungan cinta mereka di media sosial selama ini.

Difahamkan, pasangan itu mulai menjalin hubungan sejak April 2022 dan sering menghasilkan kandungan media sosial bersama-sama.

Pada Julai tahun lalu, Arieff juga pernah berkongsi hatinya sudah dimiliki gadis Sepanyol itu. Dalam masa sama, penyampai radio Fly itu juga tidak menafikan banyak mendapat god@an di media sosial.

"Rasanya semua pengikut tahu yang saya sudah ada teman wanita. Saya tak pernah berahsia mengenai soal peribadi. Tak dinafikan, saya ada terima mesej peribadi berbentuk god@an dalam media sosial.

"Tetapi, saya tak layan pun," tuturnya yang memberitahu, dia akan ke Sepanyol untuk memohon restu orang tua Sylvia.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: