06 February 2024

"APA BUKTINYA YANG DIA (MIZZ NINA) PENJAGA TUNGGAL MUSA YANG SAH? MANA DOKUMEN YANG MENYOKONG DAKWAAN TERBABIT? - NOH SALLEH



"Ibu kandung Musa juga sudah membenarkan saya untuk menjaganya menerusi akuan berk@nun yang dia sendiri serahkan kepada saya. Kami sudah buktikan dan tunjuk surat itu kepada pihak Nina.
"Nama saya juga dinyatakan sebagai penjaga sah Musa dalam dokumen yang saya sendiri daftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tanpa ditemani Nina. Jadi mana kebenaran atas dakwaan yang nama saya tidak dinyatakan dalam dokumen terbabit?

"Apa buktinya yang dia (Mizz Nina) penjaga tunggal Musa yang sah? Mana dokumen yang menyokong dakwaan terbabit? Nampak tak macam mana dia bermain dengan semua dakwaan ini?

"Saya boleh buka semua bukti dari awal, sebab semuanya ada bersama saya. Tetapi saya tak mahu dedahkan a1b bekas isteri saya."

Demikian kata penyanyi Noh Salleh, 39, yang menolak dakwaan bekas isterinya, Mizz Nina, 44, sebagai satu-satunya penjaga sah ke atas anak angkat mereka, Musa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Jelas Noh atau nama penuhnya, Muhammad Noh Salleh, sehingga hari ini, Mizz Nina belum menunjukkan sebarang akuan berk@nun atau dokumen sokongan lain yang mengesahkan dia penjaga tunggal.

Tambah vokalis kumpulan Hujan itu lagi, dia bakal membuat permohonan demi memastikan dirinya mendapat hak lawatan, meskipun bekas isterinya itu tidak membenarkannya berbuat demikian.

"Saya akan memohon untuk lawatan walaupun kita tahu dia tidak akan bagi sebab sudah s£kat nombor telefon (saya)," ujarnya selepas mahkamah terima penarikan semula kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara anak angkatnya difailkan Mizz Nina di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Peguam mewakili Noh iaitu Megat Syazlee Mokhtarom dan Muhammad Shamsyuar Jasmin, menyifatkan hujah digunakan pihak Mizz Nina sama seperti keterangan Noh menyatakan Musa diserahkan kepadanya oleh ibu kandung Musa yang hanya mahu dikenali sebagai Athira.

"Dia kata mana boleh ambil Musa tanpa kebenaran. Jadi hujahan yang sama Noh katakan yang ibu kandungnya menyerahkan Musa kepadanya. Jadi apa bezanya? Jadi bila kes sudah ditarik balik tiada perintah mahkamah siapa yang layak menjaga," tuturnya.

Dalam pada itu, Noh turut memberitahu, dia sudah berusaha untuk berjumpa Musa selepas bercerai dengan Mizz Nina, namun permintaannya itu ditolak apabila semua komunikasi dengan bekas isteri dan keluarganya dis£kat sepenuhnya.

"Saya boleh buktikan yang dia meny£kat komunikasi dengan meny£kat nombor saya. Saya ada bahan yang membuktikan saya sudah hubungi ibunya, pembantu peribadinya dan kakak iparnya. Semua meny£kat nombor saya.

"Jadi untuk dia mendakwa saya tak pernah datang untuk berjumpa Musa selepas kami bercerai adalah tidak benar sama sekali. Dia sepenuhnya meny£kat saya," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: