06 February 2024

TERKIL4N PERBICARAAN DITANGGUH DEK HAFIDZ ROSDHI TAK HADIR KERANA S4KIT - SHUHADA MOHON DOAKAN KEMENANGAN UNTUKNYA & ANAK-ANAK



Hari pertama perbicaraan berhubung kes pelakon Hafidz Roshdi, 29, menced£rakan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, yang berlangsung di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini, telah ditangguhkan pada 2 dan 3 Julai depan.
Keputusan itu dibuat Hakim yang bertindak sebagai Majistret, Siti Fatimah Talib, susulan mas@lah kesihatan yang dihad@pi pelakon itu sehingga tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah, hari ini.

Berkenaan kes ditangguh itu, Shuhada yang berasa terkil@n, bagaimanapun akur dengan keputusan mahkamah, selain berharap kemenangan akan berpihak kepada dirinya nanti.

"Saya tinggalkan anak-anak dengan keluarga dan datang ke sini dengan menaiki bas pagi tadi untuk hadir ke perbicaraan.

"Bagaimanapun ketika perbicaraan dijalankan, saya dimaklumkan Hafidz tidak dapat hadir kerana mengalami mas@lah kesihatan sehingga kes ini ditangguhkan pada 2 dan 3 Julai nanti.

"Mohon doakan saya dan anak-anak semoga kemenangan berpihak kepada kami," ujar Shuhada yang dalam masa sama berharap bekas suaminya itu dapat memberikan kerjasama pada sebutan tarikh baharu yang ditetapkan mahkamah.

"Saya tahu saya tak sal@h dan saya memang nak fokus kepada kemenangan. Saya harap pada 2 dan 3 Julai ini kita berjumpa dan selesaikan perkara ini," katanya.

Tambah Shuhada lagi, dia tidak tahu mas@lah kesihatan yang dial@mi Hafidz atau nama penuhnya, Muhammad Hafidz Roshdi dan mendoakan kesembuhan bekas suaminya itu.

Terdahulu, pihak pembelaan mewakili Hafidz akan mengemukakan repres£ntasi terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya iaitu menced£rakan bekas isteri pada 13 Mac tahun lalu dengan menumbvk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Selangor.

Pelakon drama 'Mel@stik Ke Hatimu' itu sebelumnya sudah dibawa ke Hospital Bah@gia pada 29 Mac untuk menjalani pemeriksaan psiki@tri sebagaimana yang diperintahkan selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 K@nun Kes£ksaan yang membawa hukvman penj@ra maksimum setahun atau d£nda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A k@nun sama yang memperuntvkkan hukvman maksimum dua kali ganda bagi s@bitan di bawah Seksyen 323.

Untuk makluman, Hafidz dan Shuhada pernah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016, sebelum sah bercerai talak satu pada 27 Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: