09 February 2024

BELUM PILIH TARIKH NIKAH LAGI - SHIHA ZIKIR MOHON DOA YANG BAIK-BAIK



Penyanyi Shiha Zikir, 36, sebelum ini mengumumkan bakal berkahwin dengan kekasihnya, Kamarul Arifin Baharun atau Arul, 38, selepas hampir 13 tahun bercinta tahun lalu.
Pengumuman yang dibuatnya itu sekali gus menjawab segala teka-teki mendakwa pasangan itu bakal berkahwin dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, sehingga kini, Shiha dan pasangannya iti masih belum berkongsi tarikh untuk majlis perkahwinannya itu.

Klik untuk.gambar besar
Berhubung hal itu, Shiha memberitahu, perancangannya untuk berkahwin juga masih lagi tertangguh ketika ini.

"Doa yang baik-baik. Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Saya juga tidak berani nak beritahu bila kami akan bernikah kerana t@kut ia tidak jadi lagi.
"Sebab itu, bila orang tanya bila kami akan berkahwin, saya akan beri jawapan yang sama tidak tahu lagi," katanya yang diminta mengulas perancangan untuk berkahwin dengan kekasihnya seperti heboh diperkatakan ramai tahun lalu.

Dalam pada itu, ditanya pula sama ada dia merancang untuk berkahwin pada tahun ini, Shiha berkata, dia juga tidak ber@ni untuk mengesahkan atau mengiyakannya ketika ini.

"Saya percaya, masa yang tepat akan tiba jua untuk kami berkahwin nanti," ujar penyanyi lagu 'Kalam' itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: