08 February 2024
TAK RESTU MARISSA NADIA NIKAH - NORMAN & ABBY MINTA ANAK BERPISAH DENGAN ASLAM
Ketika ini hangat diperkatakan mengenai anak perempuan kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim.
Ini kerana anak kedua Norman dan Abby itu didakwa telah pun bernikah dengan suami orang, Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand, pada 27 Disember tahun lalu.
Sumber memberitahu berita pernikahan pasangan berkenaan juga sudah diketahui keluarga kedua-dua belah pihak.
Tambah sumber itu lagi, Norman dan Abby juga sudah bertemu dengan keluarga Aslam bagi membincangkan isu perkahwinan itu.
Jelas sumber berkenaan, ibu bapa Marissa tidak bersetuju dengan pernikahan tersebut dan meminta anaknya itu dan Aslam berpisah.
"Mereka bernikah pada 27 Disember ketika Misya berada di Makkah. Sehari selepas Misya pulang, Aslam ada bertemu dengannya. Aslam juga sudah memberitahu Misya dia dan Marissa mahu berkahwin.
"Marissa yang mengajak mereka berkahwin selepas Aslam rujuk semula dengan Misya pada Oktober tahun lalu.
Klik untuk gambar besar
"Ada perjumpaan keluarga selepas dapat tahu mereka bernikah di Thailand. Keluarga Marissa tidak bersetuju dengan pernikahan itu dan minta mereka berpisah.
"Bagaimanapun Aslam dan Marissa tidak dapat terima cadangan itu dan enggan berpisah seperti diminta," kata sumber tersebut kepada mStar.
Menurutnya lagi, pasangan itu juga masih belum mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah di Malaysia.
Sementara itu, sumber berkenaan juga memberitahu, hubungan Aslam dan isteri pertamanya juga kembali r£tak selepas anak Norman dan Abby ini muncul dalam kehidupan mereka.
"Misya dan Marissa kini bermadu. Hubungan Aslam dengan isteri pertama juga tidak seperti sebelum kehadiran orang ketiga," tuturnya yang turut menjelaskan, Aslam dan Misya masih bergelar suami-isteri yang sah.
Kisah pernikahan Aslam dan Marissa menjadi bualan hangat selepas timbul dakwaan mereka sudah berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama dan keluarga.
Sumber terdekat pasangan itu memaklumkan Aslam dan Marissa melangsungkan pernikahan ketika isteri pertamanya iaitu Misya Mazlan berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah.
Dedah sumber itu, Marissa yang mengajak Aslam untuk menghalalkan hubungan mereka selepas lelaki itu dan Misya kembali rujuk pada Oktober tahun lalu.
Sehingga kini, Marissa mahupun Aslam masih memilih mengunci mulut mengenai pelbagai dakwaan yang bertebaran tentang mereka.
Malah, usaha media untuk mendapat kenyataan pasangan berkenaan termasuk Abby dan Norman juga tidak berjaya apabila panggilan yang dibuat tidak dijawab.
Pada September tahun lalu, Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Aslam dan Misya sehingga mereka bercerai, sebelum kembali rujuk ketika tempoh edah.
Ketika itu, kecoh di media sosial apabila Misya yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata itu tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa di aplikasi X.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment