05 February 2024

BILA ELLY MAZLEIN DIIKTIRAF 'MALAYSIA BOOK OF RECORDS'



"Saya sangat gembira dan berterima kasih atas pengiktirafan yang diberikan," kata penyanyi Elly Mazlein yang meluahkan rasa terujanya apabila berjaya mencipta rekod dengan menjadi artis pertama naungan Rocketfuel Entertainment yang diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR).
Selebriti versatil itu menerima penganugerahan tersebut selepas video muzik single terbaharunya berjudul 'Sayap' yang disiarkan di saluran TV Pop-Up itu diiktiraf MBOR sebagai pelancaran video muzik terpanjang di negara ini.

Untuk info, 'Sayap' yang merupakan single terbaharu Elly Mazlein itu ditayangkan selama 48 jam bermula 12 tengah malam pada 25 Jan lalu menerusi saluran istimewa penyanyi lagu 'Satu Kepastian' itu.

Klik untuk gambar besar
Selama tempoh bersiaran selama 48 jam, peminat Elly Mazlein berpeluang meneroka dunia seninya dengan pelbagai pengisian menarik termasuk video muzik 'Sayap', temu bual eksklusif dan rakaman di sebalik pembikinan muzik video berkenaan.

Format unik itu ditampilkan untuk memberi pendekatan baru yang lebih interaktif serta menggembirakan peminat, sekali gus membolehkan mereka lebih mendekati dan meraikan kemunculan semula Elly Mazlein.
Sementara itu MBOR pula berkata, penghargaan sedemikian diharap dapat menyuntik semangat kepada penghibur lain untuk terus mencipta nama.

"Kami berharap untuk terus mengiktiraf lebih banyak pencipta rekod tempatan untuk sebarang pencapaian seperti ini lagi," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: