05 February 2024

"MUSA BUKAN ANAK DIA (MIZZ NINA)... KALAU BOLEH NAK JAGA SAMA-SAMA, MAHU 50-50" - NOH SALLEH TERKEJUT BEKAS ISTERI TARIK KES PENJAGAAN ANAK



"Saya terkejut, dia (Mizz Nina) minta saya datang mahkamah kemudian dia menarik kes. Ketika proses Sulh pun tiada apa yang terjadi. Jadi tunggu esok (6 Februari) di hadapan hakim.
"Harapan saya semoga ada kebenaran kerana saya sudah diani@ya di hadapan khalayak ramai, saya hanya mahu kebenaran."

Itulah ujar penyanyi Noh Salleh, 39, yang terkejut apabila bekas isterinya, Mizz Nina mengambil keputusan menarik semula kes hak penjagaan penuh dan inter-parte anak angkat mereka.

Kata vokalis kumpulan Hujan itu lagi, dia hanya mahukan kebenaran, selain mendakwa dirinya diani@ya dikhalayak ramai.

Noh dalam masa sama turut menjelaskan urusan mengambil Musa pada 19 Disember lalu sudah diketahui Mizz Nina serta menolak tuduhan bahawa dia mencvlik anak angkatnya, sebaliknya ketika Musa dibawah jagaanya, dia mencari bekas isterinya itu untuk berbincang.

Klik untuk gambar besar
"Saya sudah dapat surat penyerahan daripada ibu kandung Musa dan Nina tak boleh mendakwa saya mencvlik Musa. Saya tak cvlik Musa, kalau saya cvlik, pasti saya akan sor0kkan dia.

"Saya pergi Sabah sebab ada persembahan dan saya tunjuk Musa ada dengan saya. Saya mencari Nina dan ajak dia berbincang untuk menjaga Musa bersama-sama," tuturnya.

Dalam pada itu, Noh yang hadir di prosiding Sulh bagi hak penjagaan Musa yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, berkata, dia tidak tahu punca bekas isterinya menarik semula kes tersebut.

"Saya perlu menjawab tuduhan dia, tidak adil di sebelah pihak saya dan apa sebenarnya permainan dia? Saya mahukan kebaikan untuk Musa.

"Tiada perjanjian hak penjagaan, kalau ada sila tunjukkan. Surat yang dikatakan hanya SD (akuan berkanun) sahaja, tidak boleh digunapakai dalam kes ini dan surat itu sudah ditarik balik.
"Kalau boleh nak jaga sama-sama, mahu 50-50. Ada sebab saya buat benda ini. Saya takkan suka-suka nak masuk campur hal rumah tangga orang. Semua untuk kebaikan Musa.

"Musa bukan anak dia (Nina), Musa anak Wan Nuraisyah Athirah. Saya sudah dapat surat pengesahan daripada ibu kandung Musa," kata Noh atau nama penuhnya, Muhammad Noh Salleh.

Pada prosiding hari ini, Noh diwakili dua peguam iaitu Megat Syazlee Mokhtarom dan Muhammad Shamsyuar Jasmin pada prosiding itu.

Sementara itu, peguam mewakili Mizz Nina selaku plaintif pula Fakhrul Azman memaklumkan, prosiding sulh tidak berlangsung susulan Mizz Nina menarik semula kes penjagaan penuh Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Bagaimanapun, Mizz Nina tidak hadir bagi prosiding hari ini sebaliknya diwakili suaminya iaitu Essam Muhammad.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: