05 February 2024

"IBU MENTUA SAYA TINGGAL SEORANG KERANA AYAH MENTUA SUDAH TIADA" - MARSHA MILAN NAFI MENUNJVK-NUNJVK



Baru-baru ini, video yang memaparkan kediaman mentua penyanyi dan pelakon Marsha Milan tular di media sosial.
Berhubung perkara tersebut, Marsha atau nama penuhnya, Marsha Milan Londoh, 38, mengakui dia berasa kur@ng selesa apabila video terbabit tular.

Menurutnya lagi, dia sebenarnya tidak gemar berkongsi mengenai perkara membabitkan rumah kerana ia sangat priv@si.

Katanya, dia juga tidak suka menunjvkkan kemew@han kerana itu bukanlah rumahnya sendiri, namun kediaman keluarga mentuanya.

"Kalau saya muat naik pun, saya tak menunjvk-nunjvk. Sebab t@kut nanti jadi apa-apa pula. Bukan nak kata saya kay@, bila baca berita yang tular itu, saya pun tak tahu nak komen apa," kata penyanyi lagu 'Kembali Terang' itu.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, mengulas video itu lagi, Marsha memberitahu, video berkenaan bagaimanapun sudah dipad@m selepas dia meminta individu terbabit untuk berbuat demikian.

Sementara itu, Marsha mengakui, dia berasa sangat selesa sebumbung dengan keluarga mentua kerana sudah tinggal bersama mereka sejak awal perkahwinan lagi.

Jelasnya, pada permulaan, dia juga tidak menjangkakan akan tinggal bersama keluarga mentuanya itu dengan amat selesa dan serasi.

"Alhamdulillah, lama kelamaan, saya sudah dapat menyesuaikan diri dengan mereka. Kalau duduk dengan suami saja, mungkin saya akan berasa sunyi.

"Lagipun duduk ramai-ramai macam ini, ia menyenangkan," tutur Marsha lagi, dimana dia turut berkata, ada kalanya, dia memerlukan seseorang untuk berada di rumah apabila kembali dari bekerja 'outstation'.
Tambah bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu lagi, dia juga tahu suaminya akan berada dalam keadaan baik sekiranya dia keluar bekerja.

"Bukan semua orang boleh tinggal dengan ibu mentua dan saya faham. Bagi saya pula sebaliknya, saya okay dan selesa.

"Lagipun, ibu mentua saya tinggal seorang kerana ayah mentua sudah tiada. Jadi, bagus juga kami saling menjaga antara satu sama lain," katanya.

Terdahulu, tular satu video memaparkan kemew@han dan kemeg@han rumah Marsha di Petaling Jaya, sekali gus mencvri perhatian netizen di media sosial.

Untuk makluman, Marsha mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 2015. Bagaimanapun, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: