04 February 2024

AL-FATIHAH - BAPA JAA SUZURAN KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada pelakon Jaa Suzuran, 30, atas pemergian bapa tersayang, Allahyarham Ahmad Mohd Salleh, 63, pada jam 9.26 pagi semalam.
Difahamkan, arwah bapa Jaa tidak pernah mengalami sebarang penyakit kr0nik sebelum ini.

Jelas Jaa, arwah bapanya itu bagaimanapun dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sejak Selasa lalu akibat mengalami kegag@lan org@n dalaman pada jantung dan buah pinggangnya.

"Arwah ayah memang susah nak pergi hospital, dia lebih memilih ke klinik saja. Tapi, pada Selasa lalu ketika abang saya hubungi dan maklumkan keadaan kesihatan ayah agak t£ruk dan saya memujuknya untuk ke hospital bagi rawatan lanjut.

"Ketika doktor membuat pemeriksaan dan maklumkan ayah mengalami kegag@lan org@n dalaman pada jantung dan buah pinggangnya, kami sekeluarga agak terkejut kerana arwah selama ini tidak pernah menunjukkan sebarang tanda atau mengadu s@kit t£ruk.

"Namun, apabila ayah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Jumaat lalu, tahap kesihatannya mula mer0sot dan doktor meminta seluruh ahli keluarga untuk berkumpul serta buat bacaan Yaasin secara bergilir dan mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.

"Jadi kami sekeluarga 'berkampung' di hospital bermula Jumaat malam sehingga arwah meninggal dunia pagi semalam," katanya yang sudah berada di Kota Bharu, Kelantan sejak hari pertama arwah bapanya dimasukkan ke hospital itu.

Tambahnya lagi, arwah bapanya itu ada menunjukkan tanda yang dia akan pergi buat selamanya.

"Sebelum arwah dimasukkan ke hospital, adik-beradik beritahu arwah selalu cakap dia nak rehat. Tak sangka ayat itu memberi maksud yang cukup mendalam.

"Kami sekeluarga terutama ibu saya reda dengan pemergian arwah ayah. Urusan pengebumian arwah pun berjalan dengan sangat mudah dan lancar.

"Sebagai anak, sudah tentu saya akan merindui momen kami bergurau memandangkan kami berdua 'satu kepala'," tutur Jaa yang turut memaklumkan pemergian bapanya itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: