26 February 2024

CIK B KATA DIA ANAK DATUK SERI VIDA, TAK BERMAKNA KENA PUTIH



"Saya anak Datuk Seri Vida memang saya guna duit mak pun. Saya anak Datuk Seri Vida memang saya tak ada h@ti dan peras@an pun.
"Saya anak Datuk Seri Vida, tak bermakna kena putih," ujar Cik B yang mengatakan dia merupakan anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan sememangnya dia menggunakan duit ibunya.

Turut mendapat perhatian, Cik B juga ada menyebut mengenai kulit warnanya yang kurang cerah berbanding ibunya.

Baru-baru ini, Cik B dilihat ada memuat naik video mengikut trend di TikTok ketika bercuti di Switzerland.

Perkongsian Cik B itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan video tersebut.

Malah, ada yang mengatakan video tersebut seolah luahan perasaan daripada Cik B.

Selain perkongsian Cik B, adiknya, Kacak turut mencuri perhatian apabila kata-katanya itu menyentuh hati netizen dengan mengatakan dirinya tiada bapa.

"Saya anak Datuk Seri Vida, saya tak ada bapa," kata Kacak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: