26 February 2024

BERSYUKUR AFIFAH BERTEMU PUTERA IMPIAN - ANZALNA NASIR SUKA SIKAP HARIZ YANG BERBUDI BAHASA & BUDIMAN SEPERTI SUAMINYA



Semua sedia maklum mengenai adik kepada pelakon Anzalna Nasir iaitu pelakon Afifah Nasir, dimana dia selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka idamannya, Syed Hariz.
Dalam pada itu, Anzalna meluahkan rasa syukur adiknya itu bertemu dengan putera impiannya dan bakal melangkah ke fasa perkahwinan.

Jelas pelakon itu mengenai majlis pertunangan adiknya yang diadakan pada Sabtu lalu, ia hanya melibatkan ahli keluarga dan berlangsung secara secerhana, namun meriah.

"Majlis pertunangan mereka hanya membabitkan ahli keluarga terdekat dan berlangsung secara sederhana tetapi meriah serta cukup bermakna. Sebagai kakak saya bersyukur akhirnya adik kesayangan saya menemui putera impian dan selangkah lagi ke gerbang perkahwinan.

"Cuma nak cerita lebih mengenai perkenalan atau bibit percintaan mereka pun tak boleh, lebih baik tanya tuan punya badan," tuturnya.

Ujar Anzalna lagi, mereka sekeluarga menyenangi sikap tunang Afifah yang berbudi bahasa dan budiman seperti suaminya, Hanif Zaki. Namun, katanya, apa yang paling penting bagi, adiknya itu bahagia dengan Hariz.

"Kami semua memang menyenangi keperibadian Hariz yang berbudi bahasa, menghormati orang sekeliling serta pandai menyesuaikan diri.

"Paling utama mereka pasangan serasi dan saling mencintai. Nampak Afifah bahagia sudah cukup menggembirakan kami," kata Anzalna yang turut memaklumkan, majlis pernikahan pasangan itu belum ditetapkan lagi, namun bakal dilangsungkan tahun ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: