16 February 2024

DHARMA HARUN : "SEKARANG INI, SAYA MEMANG SUS4H NAK INGAT APA-APA... SUK4R NAK BERCAKAP..."



"Sekarang ini, saya memang susah nak ingat apa-apa. Walaupun kadang-kadang saya tahu perkara itu, tapi sebab suk@r nak bercakap membuatkan banyak yang terbat@s. Saya juga dah tak boleh aktif dalam karier seni lagi.
"Malah, saya kini bergantung pada ubat-ubatan selain perlu membuat latihan bagi menguatkan semula ingatan sebagaimana disarankan doktor," jelas pelakon filem 'Adik Manja' era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid.

Kata Dharma, 68, dia kini sukar bertutur dengan lancar, termasuk menghidap asma selepas mengalami serangan angin ahmar pada 2019 lalu.

Tambahnya lagi, dia juga berhad@pan situasi sus@h nak mengingati apa-apa, berikutan kesuk@ran bercakap itu yang menyebabkan dirinya tidak boleh aktif dalam karier seni sama ada mengarah atau berlakon.

Dalam pada itu, bapa kepada dua anak ini memberitahu, dia masih ingin berlakon, cuma keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan pada ketika ini menyebabkan terpaksa menolak setiap tawaran diterima.

"Disebabkan sus@h bercakap dan hendak mengingat, saya hanya ikut saja apa diarahkan. Tapi, rindu pada berlakon itu sentiasa ada, terutama jika terkenang memori semasa berlakon dengan kawan-kawan dulu. Seingat saya, kali terakhir berlakon lebih 10 tahun lalu," katanya yang mengakui banyak menonton filem lama.

Sempena Program Ziarah Madani di sini, hari ini, kediaman Dharma itu dikunjungi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahmad Farhan Fauzi sempena Program Ziarah Madani di sini, hari ini.

Mengulas program ziarah itu, Dharma berkata, dia amat berbesar hati menerima kunjungan berkenaan, berikutan keprihatinan Perdana Menteri menghantar wakil untuk melawatnya yang sudah lama tidak berlakon.

"Saya memang sangat terharu, apa lagi sekarang ini berd£pan mas@lah kesihatan dan kepay@han hidup kerana sudah tidak dapat bekerja seperti dulu," ujarnya yang turut menitiskan air mata.

Difahamkan, urusan penjagaan Dharma dilakukan anaknya iaitu Siti Qurratu Aini, 36, dan Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: