16 February 2024

MADU MARISSA TAK TOLAK JIKA DIKURNIAKAN REZEKI ANAK KETIGA



Sebelum ini, menerusi perkongsian di laman sosial, madu kepada kepada Marissa Dania iaitu Misya Mazlan seakan reda dengan ketentuan dan dirinya kini lebih tenang serta menyifatkan apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
Terkini, tular pula video baru-baru ini yang memaparkan Misya sedang disolek untuk sebuah acara atau sesi fotografi.

Melihat pada video tersebut, Misya ketika sedang disolek telah ditanya mengenai sama ada dia mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata ketiga bersama suaminya, Aslam.

Madu Marissa yang dilihat tenang menjawab soalan tersebut, sempat berselor0h 'tiga' yang dimaksudkan merujuk kepada lelaki berkahwin tiga atau anak nombor tiga.

"Tiga yang mana tu kak? Yang nombor tiga ehem ke atau anak nombor tiga? Saya masih pertimbangkanlah kalau ada tu Alhamdulillah. Tapi apa-apa pun masih merancanglah," katanya.

Dalam pada itu, Misya yang berusia 25 tahun itu turut berkongsikan pengalaman melahirkan anak sulungnya pada usia 21 tahun. Katanya, dia tidak mengalami al@han sepanjang hamil kedua-dua cahaya mata.

"Alhamdulillah sewaktu mengandung kedua-dua anak saya tidak mengal@mi al@han m@buk atau mengidam sebab saya tidak perasan pun saya sedang mengandung.

"Sebenarnya saya masuk hospital bukan atas sebab dah sampai due date. Sewaktu mengandung saya ada kencing manis. Tiba-tiba malam tu sudah terbuka bukaan. Kiranya saya pun belum cukup bersedia ment@l nak bersalin," kongsinya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abby iaitu Marissa Dania yang dikatakan telah bernikah dengan suami Misya iaitu Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: