16 February 2024

SEMBUH KANS£R USUS TAHAP TIGA - SARIMAH AHMAD BERSYUKUR MASIH DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK OLEH ALLAH



Pelakon legenda tanah air, Datuk Sarimah Ahmad, 82, yang disahkan menghidap kans£r kol0n atau usus pada 2022 itu mendedahkan, dia kini pulih dari peny@kit itu.
Dalam pada itu, Sarimah meluahkan rasa syukur masih dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah, sekali gus bebas daripada penyakit itu selepas menjalani pembedahan membuang kans£r pada tahun sama.

"Saya kini menjaga kesihatan dengan memastikan pemakanan harian diambil adalah berkhasiat dan berasaskan org@nik berikutan tidak mahu menjalani rawatan kem0terapi kerana faktor usia yang sudah meningkat.

"Antara makanan harian saya itu adalah salad, buah naga, avocado, madu, telur ayam kampung dan beberapa kekacang. Alhamdulillah, setakat ini Allah berikan saya kesihatan yang baik," katanya.

Sementara itu, Sarimah yang juga antara pelakon berkalib£r sejak era Studio Jalan Ampas itu menerima kunjungan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahmad Farhan Fauzi yang hadir ke kediamannya sempena Program Ziarah Madani, di sini, hari ini.

Disamping itu, Sarimah turut bercerita mengenai simpt0m awal dial@mi sebelum dik£san menghidap kans£r kol0n itu, dimana beliau berkata, mulanya berasa s@kit di bahagian perut dan sudah lama, namun menganggap ia mungkin s@kit biasa.

"Bagaimanapun, saya akhirnya jatuh p£ngsan di bilik air di rumah dan anak bongsu terus bawa saya ke pusat perubatan di Shah Alam dan selepas buat pemeriksaan, doktor kata tak ada s@kit s£rius dan hanya bekalkan ubat.

"Namun, ubat itu buat keadaan saya jadi lebih t£ruk dan kemudian dirujuk ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut apabila saya disahkan menghidap kans£r kol0n tahap tiga serta kena pembedahan segera.

"Tapi, ketika itu saya sebetulnya berhadapan mas@lah kewangan untuk membiayai kos rawatan yang dianggar hampir RM60,000. Namun, saya tidak mahulah men@gih simp@ti dan cuba meminta bantuan ramai," jelasnya.

Dalam pada itu, Sarimah yang mula berlakon dalam filem 'Ali Baba Bujang Lapok' itu berkata, dia mengambil inisi@tif berusaha mengeluarkan simpanan peribadi untuk membiayai kos rawatan peny@kitnya kerana enggan mengharap simp@ti dan berhut@ng.

"Alhamdulillah, semuanya sudah selesai kerana saya memang tidak mahu susahkan sesiapa. Saya tak nak berhutang atau menagih simpati dengan sesiapa pun sebab tidak mahu jadi ungkitan pada masa akan datang," tuturnya.

Pada 2011, Sarimah yang mempunyai enam cahaya mata itu dilaporkan pernah disahkan menghidap kan£er hidung, namun rezekinya diberikan kesembuhan juga oleh Allah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: