24 February 2024

DUA TAHUN BERGELAR IBU TUNGGAL, SHAKILLA KHORIRI BAKAL NIKAH HARI INI?



Bekas isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali iaitu pelakon Shakilla Khoriri, 34, baru-baru ini dikhabarkan bakal menamatkan zaman ibu tunggalnya hari ini dengan seorang ahli perniagaan, selepas dua tahun memegang gelaran itu.
Menerusi Astro Gempak, sumber terdekat memberitahu, ibu kepada seorang cahaya mata itu bakal mendirikan rumah tangga kali kedua dengan lelaki yang pernah digosipkan dengannya sebelum ini.

Manakala di Harian Metro pula, sumber ketika dihubungi berkata, majlis itu akan diadakan secara tertutup.

"Betul, ia adalah majlis tertutup. Saya pilih untuk tidak kongsikan apa-apa cerita lagi sehingga selesai majlis tertutup ini. Selepas majlis esok, baru kami akan kongsikan visual," maklumnya.

Sementara itu, cubaan media menghubungi Shakilla bagi mendapatkan pengesahannya tidak berjaya apabila pelakon itu tidak membalas mesej WhatsApp dan menjawab panggilan telefon.

Sementara itu, semakan di Instagram juga tidak berjaya memperoleh sebarang pembayang mengenai apa yang bakal berlaku hari ini, kecuali luahan rasa penat yang dikongsikan dengan pengikutnya.

"Korang, 'penat' kirim salam! Letih betul akhir-akhir ini, menguruskan banyak benda," tulisnya dalam hantaran terbaharunya.

Jika benar khabar daripada sumber tersebut, tahniah kami ucapkan buat Shakilla. Semoga urusannya dipermudahkan.

Untuk makluman, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan Fizi pada Februari 2018, sebelum berpisah pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: