22 February 2024

FIZI ALI LUAH RASA SYUKUR AKHIRNYA DIBENARKAN JUMPA ANAK SELEPAS TIGA BULAN TAK BERTEMU



Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali, 37, meluahkan rasa syukur dan teruja apabila dia akhirnya dapat berjumpa dengan anak perempuannya, Ameena Sofia, 5, selepas tiga bulan tidak bertemu.
Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, berkata, dia juga berterima kasih kepada peguamnya, Nur Husniah Husin yang menguruskan pertemuan berkenaan.

"Alhamdulillah, saya sangat teruja dan bersyukur kerana akhirnya dibenarkan untuk bertemu Ameena selama empat hari selepas kira-kira tiga bulan tidak bertemu.

"Akhirnya, minggu depan, saya dapat ambil Ameena selama empat hari bermula (1 Mac) selepas kira-kira tiga bulan tidak berjumpa.

"Terima kasih puan (peguam) sebab tolong saya dapatkan kembali Ameena walaupun hanya empat hari dan saya sangat bersyukur," ujarnya yang turut menitiskan air mata.

Fizi berkata demikian ketika ditemui selepas prosiding sebutan pertama kes hadanah depan pendaftar yang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Ditanya perancangan aktivitinya bersama Ameena selama empat hari nanti, kata Fizi, dia mahu membawa anaknya untuk berseronok ke Taman Tema Air.

"Saya akan ambil cuti selama empat hari untuk bawa Ameena berjalan nanti," kata Fizi yang turut memberitahu, dia juga mahu bawa Ameena bertemu kedua ibu dan bapanya sepanjang tempoh empat hari berkenaan.

"Emak dan ayah juga sangat rindukan Ameena walaupun mereka tidak meluahkannya. Emak juga pegang barang Ameena. Kami sekeluarga sangat rindu padanya," tuturnya.

Sementara itu, sebutan semula kes hadanah kekal akan disambung di Mahkamah Tinggi Syariah pada 19 Mei depan.

Bulan lalu, Fizi memfailkan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini kerana Shakila Khoriri enggan membenarkannya bertemu anak mereka.

Untuk makluman, Fizi mendirikan rumah tangga dengan Shakila pada 18 Februari 2018, sebelum bercerai pada Disember 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Nur Ameena Sofia, 5.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: