22 February 2024

ISU HIDAYAH TOL4K WANG DIBAWA ALI PUTEH - PEGUAM TAMPIL PERJELASKAN



"Dari segi undang-udang tiada mas@lah untuk terima wang tersebut. Namun saya ambil kira apabila ia sejumlah besar dan dibawa ke rumah.
"Ditambah pula dilakukan secara siaran langsung, orang akan tahu pada malam tersebut akan ada sejumlah wang yang besar dalam rumahnya."

Demikian kata peguam yang mewakili Nor Hidayah iaitu Ibrahim menerusi perkongsian di Instagram, dimana dia tampil menjelaskan sebab mengapa anak guamnya itu enggan menerima wang daripada pelawak Ali Puteh kelmarin atas fakt0r kesel@matan.

Tambah Ibrahim lagi, wang tersebut tidak sesuai diberikan dirumah memandangkan jumlahnya terlalu besar, apatah lagi pertemuan itu dirakam secara langsung.

Umum mengetahui, baru-baru ini Ali bertemu dengan kakak iparnya, Nor Hidayah bagi melunaskan wang tuntutan RM74,000 seperti yang telah ditetapkan mahkamah.

Bagaimanapun, ketika pertemuan berkenaan, Hidayah enggan menerima wang tersebut serta meminta Ali untuk berhubung dengan peguam.

Dalam pada itu, Ibrahim turut memberitahu, dia sudah memaklumkan kepada pelawak tersebut untuk membuat pembayaran menerusi pindahan wang ke akaun Hidayah.

Ibrahim pada masa sama juga menafikan dakwaan anak guamnya itu sengaja menol@k wang pemberian adik iparnya itu.

"Saya telah bercakap dengan Ali untuk wang tersebut di bawa ke firma guaman atau lebih mudah dimasukkan ke dalam akaun bank. Saya percaya Puan Hidayah tiada niat untuk menolak kecuali atas fakt0r kesel@matan,” ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: