"Pada mulanya, memang saya pernah terfikir untuk duduk rumah dengan gelaran datin tetapi sebenarnya saya tak sesuai dengan perkara sebegitu.
"Sebab saya jenis sentiasa nak bekerja. Saya tidak kisah pun dengan kehidupan begini dan bagi saya, semua wanita boleh berjaya dalam apa jua mereka lakukan tak kiralah sebagai suri rumah atau apa sahaja kerjaya."
Itulah kata pelakon Datin Atikah Suhaime yang memberitahu, dia pernah terfikir untuk menjalani kehidupan sebagai suri rumah seperti wanita berstatus datin sepertinya.
Bagaimanapun jelas pelakon berusia 33 tahun itu lagi, kehidupan tersebut tidak sesuai dengan dirinya yang sentiasa mahu bekerja.
Klik untuk gambar besar
"Ya, pada awalnya memang fikir tentang harta benda tetapi lama-kelamaan selepas mengenali lebih mendalam, semuanya berubah, tanpa harta pun saya boleh hidup dengan dia.
"Walaupun tiada kemewahan saya boleh hidup dengan dia dan itu saya sudah tanya diri sendiri pun," ujarnya.
Dalam pada itu, Atikah turut mengulas mengenai gelaran datin yang dipegangnya, dimana dia akan menggunakan gelaran tersebut ke arah kebaikan dengan memberi sesuatu kepada masyarakat.
"Datin adalah satu gelaran yang terhormat dan saya masih banyak kekurangan untuk memilikinya.
"Jadi, apabila sudah dapat gelaran itu, mungkin saya pelu lakukan sesuatu untuk menjadikannya lebih bermakna seperti banyak menderma atau beri sesuatu kepada masyarakat.
"Kalau dari aspek bisnes, mungkin boleh jual sesuatu dengan harga mampu milik supaya semua boleh membelinya," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment