22 February 2024
FIZI ALI : "SAYA HARAP NAK SELESAI CARA BAIK..." - SHAKILLA KHORIRI ENGGAN BERI SEBARANG KENYATAAN : "SAYA OKAY CUMA TAK CUKUP TIDUR"
Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali, 37, yang hadir di Mahkamah Tinggi Syariah untuk sebutan pertama kes hadanah di hadapan pendaftar di sini jam 9.20 pagi ini, berharap ia dapat diselesaikan dengan cara baik.
Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, yang ditemani isterinya, Siti Zulaikha dan peguamnya, Nur Husniah Husin, berkata, dia juga optim1s kes hadanah berkenaan dapat mencapai kata p0sitif membabitkan kedua belah pihak.
"Saya harap nak selesai cara baik hari ini kerana saya cuma nak Ameena dapat kasih sayang emak dan bapanya," ujar Fizi.
Sementara itu, bekas isteri Fizi iaitu pelakon Shakila Khoriri, 35, bagaimanapun tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung kes itu dan hanya mengadu tidak cukup tidur.
"Saya okay cuma tak cukup tidur," kata Shakilla yang sampai di mahkamah dengan ditemani peguamnya pada jam 9.25 pagi.
Dalam pada itu, hadanah bermaksud permohonan penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.
Pada bulan lalu, Fizi memfailkan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini kerana Shakila enggan membenarkan dia bertemu anak perempuannya itu.
Untuk makluman, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, sebelum bercerai pada Disember 2021.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Ameena Sofia, 5 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment