19 February 2024
HAZAMA KATA KALAU BOLEH UNDUR MASA, DIA AKAN BELAJAR AL-QURAN BETUL-BETUL
"Kepada adik-adik yang tengah sekolah, jangan main-main, rugi. Nanti bila umur 40 tahun akan pandang balik. Kalau boleh undur masa, saya akan betul-betul belajar al-Quran sebab semua jawapan dan solusi ada dalam nashkah itu.
"Kenapa masa zaman remaja nak membesar saya buat benda entah apa-apa, tetapi semuanya sudah tertuliskan. Kalau latih diri dari dulu, mungkin saya akan lebih 's0lid' (berilmu). Ini umur 30 lebih baru nak mulakan (belajar)."
Ujar penyanyi Hazama yang batu-baru ini ada menitipkan pesanan kepada remaja di luar sana yang masih berada di alam persekolahan agar tidak mensia-siakan peluang dan belajar bersungguh-sungguh.
Kata Hazama, dia juga meny£sal tidak mendalami Al-Quran serta kurang fokus dalam pelajaran ketika di zaman persekolahan.
Tambah Hazama, kerana tidak fokus dalam pelajaran dan lebih pentingkan perkara lain serta suka bermain-main membuatkannya berasa meny£sal.
"Satu lagi kadang-kadang terfikir zaman sekolah kita bukan bod0h cuma tidak fokus. Pentingkan perkara lain dan suka bermain-main.
"Macam sekarang bila kita belajar akan tahu dan boleh sahaja faham semua. Kenapalah kepala sekarang tidak sama macam zaman sekolah," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment