19 February 2024
SAMBUT MENANTU & HARI LAHIR SERENTAK - ISMA HALIL RASA SEBAK, GEMBIRA
Kelmarin, penyampai radio dan pengasas Bapakku FM, Isma Halil Hamzah telah menyambut majlis perkahwinan anak sulungnya, Saidatul Nadiah dan pasangannya, Muhammad Hakim Hisham yang berlangsung di Kampung Bukit Bangkong, Sepang.
Mengulas mengenai majlis tersebut yang tampil dengan konsep rewang atau sinoman dalam bahasa Jawa, Isma berkata, dia berasa bersyukur serta gembira majlis perkahwinan itu berjalan dengan lancar.
"Alhamdulillah... saya rasa seronok, rasa gembira, rasa bersyukur kerana majlis berjalan dan selesai dengan baik.
"Rasanya majlis keseluruhan dihadiri oleh 5,000 tetamu. Bayangkan makanan lepas masak, kena tambah masak lagi. Memang banyak kali kena ulang masa.
"Majlis ini dibantu sepenuhnya oleh adik beradik, orang kampung dan pendengar-pendengar Bapakku FM dari seluruh Malaysia. Saya siapkan t-shirt sinoman yang membantu dari bahagian dapur sampailah bahagian depan.
"Kalau tiada mereka, memang kenduri kampung tak akan berjalan lancar. Orang kampung pun kata, mereka dah lama tak buat perkara ini dan terkejut ada sinoman lagi di kampung itu.
"Adanya sinoman kita mampu adakan majlis dan penyambut tetamu yang ramai. Kalau ambil katering, bayangkan satu kepala berapa kos nak dikeluarkan," katanya.
Jelas Isma yang bakal mengerjakan umrah bersama isteri dan anak lelakinya itu pada 22 Februari ini, majlis perkahwinan itu turut dihadiri jemaah tabl1gh, rakan artis dan PR syarikat rakaman serta pendengar Bapakku FM termasuk dari Sabah dan Sarawak.
"Saya bersyukur sangat-sangat. Pada 22 Februari ini, saya bersama isteri, Norhaslinda Abdul Manaf dan anak lelaki akan mengerjakan umrah sebagai tanda kesyukuran.
"Berkenaan kenduri pula, Saidatul Nadiah bertunang semasa saya berada dalam penj@ra dan saya tak dapat hadir. Bila dia rancang adakan kenduri kahwin sebelah bekas isteri saya, ketika itu saya baru bebas dari penj@ra.
"Saya bersyukur dapat menikahkan dia pada Oktober lalu. Bekas isteri hanya jemput sebelah pihak keluarganya dan saya hadir sebagai tetamu dan faham itu majlis orang," tuturnya.
Menurut Isma lagi, dia mendapat banyak pertanyaan dari rakan-rakan dan peminat kerana tidak menjemput pada majlis pernikahan anaknya.
"Itulah sebabnya saya buat majlis ini. Niat saya untuk meraikan semua. Tapi syukurlah banyak yang sumbang daging kambing dan macam-macam lagi.
"Pagi semalam (kelmarin) saya juga buat majlis tunang anak kedua, Saidatul Sofia. Istimewanya semalam (kelmarin) juga adalah ulang tahun kelahiran saya dan ia satu momen yang indah.
"Paling indah apabila Datuk Nash bacakan doa di hadapan pengantin dan semua sampai saya menitiskan air mata. Betapa gembiranya saya," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment