20 February 2024

TEMAN BCL ZIARAH PUSARA ASHRAF SINCLAIR - TIKO DIPUJI



Meskipun sudah memulakan kehidupan baru bersama suami baru, penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL menerusi perkongsian di Instagram, ada memuat naik gambar menziarahi pusara arwah suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair.
Difahamkan, kelmarin genap empat tahun pemergian arwah Ashraf yang pergi menghadap Ilahi pada 18 Februari 2020.

Namun, apa yang menarik perhatian, suami baru BCL iaitu Tiko Aryawandha dilihat menemani isterinya menziarahi kubur Allahyarham Ashraf Sinclair.

Tindakan Tiko itu telah menerima pujian ramai, dimana rata-rata peminat menyifatkan lelaki itu adalah suami yang tepat buat BCL serta seorang yang memahami.

Untuk makluman, BCL dan Tiko mendirikan rumah tangga disebuah majlis tertutup di sebuah resort mewah di Bali dan hanya dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja pada 2 Disember 2023.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: