20 February 2024

"HIDUP SAYA IBARAT GELAS KOSONG SELEPAS BERCERAI" - MAWAR RASHID KATA PERCERAIAN BUKAN PENAM4T KEHIDUPAN, BUKAN SATU TRAG£DI



"Mungkin kita kena buka fikiran, perceraian bukan penam@t kehidupan. Anggap itu babak hidup yang perlu ditutup. Perceraian juga bukan satu trag£di, sebaliknya kes£ngsaraan adalah jika anda hidup dalam rumah tangga yang tidak bahagia.

"Sekarang tiba masa untuk buka buku baharu dalam hidup saya. Orang t@kut nak umum perceraian, sebab masyarakat akan pandang n£gatif.

Ujar pelakon Mawar Rashid yang akhirnya berkongsi rasa mengenai perceraiannya dimana dia menyifatkan ia bukan penamat dalam kehidupan dan sudah tiba masa untuk dia membuka buku baru dalam hidup.

Selepas mengumumkan perpisahan pada November tahun lalu, punca perceraian antara Mawar Rashid dan bekas suaminya yang juga pelakon, Raf Yaakob masih menjadi tanda tanya.

Namun, kedua mereka masih bersikap profesional menutup kisah peribadi mereka itu. Malah, Raf menafikan dakwaan ada orang ketiga dalam rumah tangga mereka sehingga berakhir dengan perceraian.

Dalam pada itu, Mawar turut akur dengan keputusan yang dibuat secara bersama itu dan biar mereka saja yang tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka.

"Keputusan ini memerlukan kekuatan untuk bawa diri keluar dari sesuatu yang tidak layak. Malah, itu semua membuatkan saya bangga dengan diri sendiri.

"Bagaimana saya mengumpul kekuatan, mengg@li dalam mencari siapa diri saya yang sebenarnya. Apa yang berlaku, sebab dan akib@t, biar hanya kami yang tahu," katanya.

Sementara itu, Mawar yang kini dilihat lebih bahagia menjalani kehidupan bersama anak-anak itu berkata, doktor memberitahu kesihatan ment@lnya dalam keadaan baik, meskipun jelasnya, dia berdepan ujian besar dalam hidupnya.

Klik untuk gambar besar

"Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik, tiada lagi ser@ngan p@nik. Walaupun ada beberapa dugaan besar dalam hidup saya, saya kini lebih gembira.

"Bagaimana saya mengumpul kekuatan, mengg@li dalam mencari siapa diri saya yang sebenarnya. Apa yang berlaku, sebab dan akib@t, biar hanya kami yang tahu.

"Doktor juga maklumkan kesihatan ment@l saya dalam keadaan baik. Saya kembali memeluk diri sendiri dengan 'suka cita' dan bahagia," tuturnya.

Selain itu, Mawar yang menyifatkan kehidupannya ibarat 'gelas kosong' selepas bercerai dengan bekas suaminya itu juga berkata, perpisahan tersebut merupakan satu perjalanan baru dalam kehidupan dan buat dirinya.

"Ini adalah fasa baharu dalam hidup saya dan ini adalah diri saya yang baharu. Semuanya mula semula dan saya anggap diri saya seperti gelas kosong," katanya.

Namun begitu, tambah Mawar lagi, dia tetap mengunci mulut mengenai punca perceraian mereka, apatah lagi bimb@ng jika anak-anak membaca perkara yang tidak patut apabila dewasa kelak.

"Saya berpegang kepada prinsip untuk tidak berkongsi isu peribadi pada umum sebab saya ada anak-anak. Nanti mereka besar, akan baca perkara yang tak sepatutnya.

"Saya juga menghormati pihak yang terlibat. Namun, apa yang boleh saya cakap, saya gembira dan bersyukur dengan peluang yang saya terima sekarang," ujarnya.

Untuk makluman, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017, sebelum ini pasangan itu mengumumkan perpisahan mereka menerusi Instagram pada 23 November lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: