20 February 2024

"SAYA PEND4M SAJA" - AMIR MASDI KONGSI KISAH TAK DAPAT BAYARAN DI AWAL KERJAYA, TERMASUK TERPAKSA BERBOH0NG DENGAN KEDUA-DUA IBU BAPANYA



"Ini saya tidak pernah ceritakan, malah ibu bapa saya tak tahu pun. Masa awal-awal selepas habis buat persembahan saya akan tanya pengurus berapa dibayar, dia cakap tidak ada.
"Ketika itu saya fikir macam inikah nasib penyanyi yang mana bersusah pay@h menyanyi, tapi tidak ada bayaran.

"Malah, saya masih ingat selepas habis AF, pergi sana sini nyanyi banyak lagu, tapi percuma saja. Waktu itu saya cakap pada diri, ini adalah platform untuk saya cari pengalaman dan memperb@iki diri.

"Ini adalah ujian, saya ambil sebagai hal@ngan yang perlu had@pi. Mungkin masa itu saya dapat pengalaman dan pendedahan dan ia betul.

"Apa yang sedihnya, balik rumah mak ayah gembira sebab saya ada 'show' dan mesti mereka fikir dapat bayaran. Kalau mereka tanya, saya hanya cakap ada.

"Dalam hati saya sendiri yang tahu. Saya tidak mahu mereka ris@u. Jadi, saya pend@m saja," demikian kongsi penyanyi Amir Masdi pada program SYOK Podcast - Confession Bilik Gelap Musim Keempat, baru-baru ini.

Tahun ini genap lapan tahun usia pembabitan Amir atau nama penuhnya, Amir Syazwan Masdi, 28, dalam bidang muzik tanah air selepas dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasi (AF) 2016.

Berbekalkan bakat dimiliki, nama Amir kian mendaki populariti dan ia menjadikannya antara penyanyi lelaki yang berada di kelas tersendiri.

Gelaran juara dimiliki bukan tiket untuk dirinya mencapai apa diingini. Ini kerana perjalanan Amir untuk sampai ke tahap hari ini tidak semudah disangka.

Dalam pada itu, jelas Amir yang popular menerusi lagu 'Kau S@kiti' itu lagi, dia pernah tidak mendapat bayaran, selain terpaksa berboh0ng dengan kedua-dua ibu bapanya.

Malah tambahnya, dia juga pernah tidur di studio semata-mata mahu meng@buri mata ibu bapanya yang mana dia sibuk bekerja dan banyak tawaran menyanyi.

"Ketika mana saya tidak ada bayaran, masa itu tidur di studio. Saya ikut pengurus pergi jumpa orang berpengalaman dalam industri. Pendek kata saya banyak luangkan masa di studio untuk elak ditanya mak ayah.

"Lagi satu saya tidak mahu terkurvng di rumah dan mengg@nggu fikiran yang saya tidak ada kerja. Jadi, saya memilih untuk berada di studio supaya kelihatan sibuk dan banyak kerja.

"Pendek kata, saya sebenarnya sibukkan diri untuk k@buri pandangan keluarga. Tetapi, dalam masa sama, di studio saya nak dapatkan pendedahan dan belajar banyak perkara berkaitan muzik," katanya.

Untuk makluman, Amir sudah dua kali menjadi finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) iaitu menerusi lagu 'Kau Sakiti' pada AJL35 dan 'Debu' duet bersama penyanyi Dayang Nurfaizah pada AJL37.

Selain itu, Amir juga menjadi naib juara pada program The Masked Singer Malaysia Musim Kedua (TMSM 2).

Apa yang lebih membanggakan, Amir kini berjaya melancarkan album sulungnya berjudul 'Amir Masdi' tahun lalu serta mengadakan siri jelajah album itu di seluruh negara.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: