02 February 2024

KERETA MERCEDES BENZ E CLASS - SAHARUL RIDZWAN MAHU JUAL : "PADA AWALNYA RASA GAH TAPI PADA AKHIRNYA RASA BENDA TUH BEB4NAN"



Selepas lima tahun, pelakon Saharul Ridzwan mengambil keputusan untuk menjual kereta mewahnya, Mercedes Benz E Class.
Menerusi perkongsian di Instagram, Saharul memberitahu, dia mahu menjual kereta tersebut sejak tahun 2021 lagi.

Jelas pelakon itu lagi, kereta berkenaan hanya digunakannya untuk ke set penggambaran sebelum ini dan kini hanya tersad@i di rumah.

"Tak silap saya waktu 2018, saya beli dengan mileage 20 lebih. Kereta ini memang tak bergerak ke mana mana, yang jadi dia bergerak pun waktu saya ada penggambaran dululah.

"Saya pergi set penggambaran, kita pakai kereta ni, maka mileage dia pun bergeraklah juga, kalau tidak memang kereta ni tak bergerak.

"Ada dekat rumah mak saya, dekat rumah umi. Umi cakap juallah kereta daripada duduk berselimut je kan," katanya.

Kongsi Saharul lagi, ketika dia baru memulakan perniagaan, dia terp£ngaruh degan kata-kata rakannya untuk membeli kereta tersebut.

Jelas pelakon itu, pada awalnya rasa gah memakai kereta tersebut, namun akhirnya rasa beb@nan.

"Kereta ini saya buat pinj@man penuh, jadi bila buat pinj@man penuh, tiap-tiap bulan saya bayar RM1,900 lebih dekat RM2,000. Kereta ni saya beli dengan harga RM200,000 pinj@man penuh.

"Tahun 2018 saya baru nak mula berniaga, jadi kawan saya sorang ni lah dia bagitahu yang Saharul kau kena pakai kereta Merc.

"Kereta Merc ni melambangkan kr£dibiliti kepada orang yang berniaga. Jadi pada waktu tu saya masih lagi berlakon pada awalnya saya rasa gah tapi pada akhirnya saya rasa benda tuh beb@nan," ujarnya.

Dalam pada itu, Saharul turut memberikan nasihat kepada mereka diluar sana agar mengambil pengajaran dari kisahnya supaya berbelanja ikut kemampuan sendiri.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: