03 February 2024

"DOA-DOAKANLAH... ALLAH SWT TAHU APA YANG TERBAIK" - HELIZA NAFI TANGGUH SOAL ANAK TAPI BELUM REZEKI LAGI



Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi dan aktivitis kemanusiaan iaitu Datin Seri Heliza Helmi dan suaminya seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.
Berhubung hal itu, Heliza berkata, dia reda dengan ketentuan Allah, selain menjelaskan dia tidak menangguhkan hasrat untuk mendapatkan zuriat, namun belum ada rezeki buat dia dan suami.

"Kami tidak tangguh untuk dapat anak sebaliknya belum ada rezeki lagi. Belum ada rezeki untuk dapat anak. Doa-doakanlah. Allah SWT tahu apa yang terbaik.

"Saya ada tanya soal anak kepada ustaz di Makkah, kita hendaklah minta doa supaya dapat anak yang Allah reda.

"Jadi bila kita belum dapat anak, kita akan reda kerana Allah belum beri dan hati kita juga menjadi lapang dan tenang bila kita faham dengan konsep itu," tuturnya.

Dalam pada itu, Heliza turut mengulas mengenai anak angkat, dimana dia dan suami belum ada perancangan ke arah itu lagi.

Tambahnya lagi, dia dan suami tidak rasa sunyi kerana mempunyai beberapa ekor kucing.

"Saya memang suka dengan kanak-kanak tapi belum ada perancangan untuk ambil anak angkat lagi.

"Alhamdulillah, hidup saya dan suami tidak pernah sunyi kerana kini kami sudah ada beberapa kucing yang tidur pun dengan kami," kata Heliza yang mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Mahadi pada 1 Januari 2022.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: