03 February 2024

KONGSI 'QU0TE' BERKAITAN SUAMI TIMBUL TANDA TANYA - SITI NURHALIZA TAMPIL JAWAB



Melihat pada perkongsian di Insta Story baru-baru ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memuat naik hantaran serta 'qu0te' berkaitan suami sehingga ia menjadi perhatian.
Menerusi entri itu, Siti berkongsikan hantaran mengenai peranan suami serta 'qu0te' berkenaan layanan seorang suami kepada isteri mempeng@ruhi pembesaran anak.

Dalam perkongsian lain pula, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi hantaran memaparkan sebab seorang suami tidak boleh memar@hi isteri.

Klik untuk gambar besar
Selain itu, melihat pada 'quote' yang dikongsikan Siti, ia menyatakan ujian terbesar seorang isteri bukanlah mengandung atau melahirkan, sebaliknya adalah suami.

Sementara itu, hasil tinjauan di laman X, rata-rata netizen tertanya-tanya dengan perkongsian Siti, selain bertanyakan sama ada penyanyi itu okay atau tidak.

Malah, ramai yang mendoakan agar urusan Siti dipermudahkan serta tabah menghad@pi ujian.
Tidak kurang juga, ada yang menyatakan ia hanya sekadar perkongsian sahaja dan tiada kaitan dengan isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K itu.

Bagaimanapun, Siti menerusi hantaran terbaharu di Instagramnya itu telah tampil menjernihkan segala persoalan netizen mengenai situasi rumah tangganya.

Enggan ia terus menjadi tanda tanya, Siti telah menegur sp£kulasi yang wujud dalam kalangan netizen di media sosial.
"Haaa. Suka gosip tau. Tak baik tahu, fikir bukan-bukan. 'Uols' (kalian) ini pun," tulis Siti yang turut menyertakan gambar bersama suami serta anak-anaknya.

Hantaran seterusnya memaparkan Siti bergurau dan membisikkan sesuatu ke telinga suaminya.

"Pssst. Nak bisik sat (sekejap)," kata penyanyi lagu 'Jerat Percintaan' itu dalam ruangan keterangan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: