13 February 2024
MADU MARISSA DANIA : "AJARILAH HATIMU AGAR BISA MENERIMA KEADAAN TANPA MEMB£NCI, SEMAKIN IKHLAS SEMAKIN TENANG"
"Sesvlit apa pun keadaanmu, ajarilah hatimu agar bisa menerima keadaan tanpa memb£nci. Semakin ikhlas semakin tenang. Belajarlah untuk berlapang dada kerana tidak semua yang kita inginkan itu yang terbaik menurut Allah."
Itulah kata madu kepada kepada Marissa Dania iaitu Misya Mazlan, dimana dia seakan reda dengan ketentuan dan dirinya kini lebih tenang serta menyifatkan apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang dikatakan sudah bernikah dengan lelaki bernama Aslam sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand.
Luahan madu Marissa itu menjadi perhatian selepas seminggu tular berita penikahan suaminya pada 27 Disember tahun lalu.
Dalam pada itu, Misya turut mengucapkan terima kasih atas doa yang baik-baik yang dititpkan netizen ke atasnya.
"Terima kasih doa yang baik dan kata-kata semangat yang indah," tulis ibu kepada dua cahaya mata itu.
Terdahulu, kakaknya Nadiah Mazlan mengesahkan adik iparnya itu sudah berkahwin dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment