13 February 2024

SUDAH DIKURNIAKAN PUTERI - HARRIS ALIF & INTAN LADYANA BAKAL TIMANG PUTERA PULA



Semua sedia maklum mengenai pasangan selebriti, Harris Alif dan Intan Ladyana yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Terbaru, Harris dan Intan telah berkongsikan khabar gembira dimana mereka bakal menimang cahaya mata lelaki, sekaligus melengkapkan keluarga kecil mereka apabila dikurniakan sepasang cahaya mata.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan pasangan ini menerusi satu video di Instagram, dimana mereka mengadakan majlis pengumuman jantina anak mereka baru-baru ini.

Melihat pada video tersebut, Intan telah mem£cahkan belon sebagai kejutan buat mereka yang hadir di majlis berkenaan yang turut meraikan ulang tahun kedua anak pertama mereka, Evie Khadeeja.

Sebelum ini, Intan telah berkongsikan usia kandungannya, dimana ia sudah memasuki usia enam bulan.

Untuk makluman, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan kini bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Anak pertama pasangan ini dilahirkan pada 31 Januari 2022.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: