12 February 2024

ZAIN SAIDIN AKUI KURANG JOB BERLAKON, KINI AKTIF MAIN PK DI TIKTOK



Suami kepada pelakon dan usahawan Rozita Che Wan iaitu pelakon Zain Saidin mengakui dia ada cara lain untuk menjana pendapatan, selepas dia kini kurang menerima tawaran berlakon.
Jelas Zain, dia kini aktif bergelar TikToker, selain sibuk menguruskan perniagaan bersama isterinya itu.

Tambahnya lagi, dia terlibat dengan PK atau Player Kn0ck-0ut dalam platform tersebut selepas diajak berlaw@n dengan Zaquan Adha. Malah kata Zain, dia tidak sangka ianya permainan yang menyeronokkan.

"TikTok ini sebelum ini saya tidak pernah main perlaw@nan secara langsung (lebih dikenali PK) sebenarnya. Tapi Zaquan Adha sebenarnya yang ajak. Dari situ saya s@ngkut dan ket@gih main PK ini.

"Tapi Alhamdulillah saya bersyukur kerana ia merupakan permainan yang sangat menyeronokkan," kata Zain yang memberitahu, melalui PK, dia mampu menjana pendapatan serta dapat berkongsi rezeki dengan orang lain.

"Sikit sebanyak boleh la nak bayar sini sana dan sebagainya dan kita boleh kongsi rezeki kepada orang lain," ujar bapa kepada Aaisyah Dhia Rana ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: