13 February 2024
ELIZABETH HARAP TAHUN BARU CINA TAHUN DEPAN DAH BERTIGA (TIMANG CAHAYA MATA)
"Tema 'pink' untuk raya berdua tahun ini. Harapnya Tahun Baru Cina tahun depan dah bertiga (timang cahaya mata)," ujar penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan, 30, menerusi hantaran foto bersama suaminya seorang doktor, Siew Jim, 33.
Selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, keinginan Elizabeth atau mesra disapa Lizzy untuk menimang cahaya mata semakin tinggi.
Dek kerana itu, Elizabeth atau nama sebenarnya, Elizabeth Tan Su Mei menzahirkan hasrat itu menerusi hantaran di Instagram, baru-baru ini.
Malah, Elizabeth turut menyuarakan hasrat sama menerusi hantarannya ketika hadir ke majlis pengumuman jantina bayi pelakon Puteri Aishah, minggu lalu.
"Cuba untuk s£dut tenaga bayi untuk diri sendiri," katanya menerusi hantaran foto dia melag@kan perutnya dengan perut Puteri Aishah.
Disamping itu, Elizabeth juga sempat membalas komen-komen netizen yang mendoakan agar gilirannya pula hamil selepas ini.
Antara komen itu, mengatakan jika mendekatkan perut dengan wanita hamil, boleh berjangkit hamil : "Memang sebab itulah saya buat begini," tuturnya.
Sebelum ini, penyanyi lagu 'Police Entry' itu pernah menyuarakan hasrat ingin menimang cahaya mata pada tahun lalu dan pada November tahun lalu pula, Elizabeth memaklumkan masih berusaha dapatkan zuriat.
"Kami (bersama suami) mungkin akan cuba lagi dalam masa terdekat. Saya belum hamil. Kalau dapat, dapat. Saya tidak mencuba secara aktif, tapi tidak juga menc£gah," jelasnya.
Untuk makluman, Lizzy mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim pada 21 Mac 2021 di majlis kecil-kecilan yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat bagi mematuhi pros£dur op£rasi stand@rd (SOP) pand£mik C0V1D ketika itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment