13 February 2024

BILA NABILA HUDA TAMPIL GAYA BAPANYA, AMY SEARCH KETIKA AWAL KEMUNCULAN



Pada malam separuh akhir program The Masked Singer, pelakon Nabila Huda telah menarik perhatian ramai apabila tampil dengan gaya bapanya, penyanyi legenda Datuk Amy Search, ketika awal kemunculan dalam industri seni.
Berhubung penampilannya itu, Nabila yang juga juri tetap program berkenaan berkata, sebagai anak Amy, dia berterima kasih kepada pihak produksi kerana mengangkat dan memilih tema 'D0uble Tr0uble' di mana peserta menyanyikan lagu-lagu daripada kumpulan rock legenda, Search dan Wings.

"Semua orang tahu, Amy dan Datuk Awie adalah dua nama besar dalam industri muzik tempatan. Dalam masa yang sama, usia papa juga semakin meningkat.

"Saya mohon semua mendoakan kesejahteraan dan kesihatannya. Jadi, pada hari ini saya berbangga menggayakan pakaian dan imej seakan-akan papa ketika awal kemunculannya dulu," ujarnya.

Klik untuk gambar besar
Tambah Nabila yang menggunakan nama Abil Search untuk imej itu, Amy bukan saja bapa dan idolanya, tetapi individu yang sangat dibanggakannya.

"Jadi, pasukan saya bertungkus lumus bagi memastikan baju, kasut, rambut dan semuanya menepati gaya Amy," katanya.

Selain Nabila, juri tetap untuk program ini terdiri daripada Datuk Aznil Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Zizan Razak, Sherry Alhadad dan Rozita Che Wan, manakala Datuk AC Mizal sebagai hos.

Maskot-maskot yang bakal berentap di pusingan akhir adalah Sang Kancil, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari dan Biskut Aiskrim.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: