13 February 2024

RAF YAAKOB NAFI PERCERAIAN KERANA ORANG KETIGA



"Alhamdulillah hubungan saya dan bekas isteri (Mawar Rashid) baik-baik saja dan selepas bercerai tiada siapa yang keluarkan sebarang kenyataan.
"Ingin saya terangkan di sini ialah perceraian yang berlaku bukanlah kerana pihak ketiga. Saya tiada pihak ketiga dan begitu juga dengan bekas isteri saya.

"Allah dah kata jodoh kami setakat di sini jadi saya terima dan reda," kata pelakon Raf Yaakob yang menjelaskan perceraiannya dengan bekas isterinya, pelakon Mawar Rashid bukan kerana orang ketiga.

Selepas tiga bulan berlalu, Raf yang berkata demikian ketika ditemu bual bersama Melodi itu turut memberitahu hubungannya dengan Mawar baik-baik saja selepas bercerai dan reda jodoh mereka hanya setakat itu.

Tambah Raf lagi, selepas mereka bercerai, tiada sebarang peng@duhan melib@tkan anak-anak dan apa yang penting adalah tanggungjawab mereka membesarkan anak-anak dalam keadaan bahagia.

Dalam pada itu, Raf juga tidak menolak andai ditakdirkan bertemu jodoh semula dengan bekas isterinya, selain meletakkan mengenai soal jodoh kepada Allah.

"Soal jodoh ini semuanya ketentuan Allah dan apa yang saya boleh cakap ialah saya akan sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik.

"Kalau Allah kata saya akan dijodohkan semula dengan dia, dialah orangnya, namun jika Allah kata bukan, maka bukan dengan dia.

"Yang penting sekarang ini saya fokus untuk mencari nafkah buat anak-anak dan perbaiki diri saya sendiri," tutur bapa kepada lima cahaya mata itu.

Untuk makluman, hasil perkahwinan bersama Mawar, Raf dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Manakala menerusi perkahwinan pertama pula, Raf memiliki dua cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: