07 February 2024

NOH SALLEH JELAS DIA PERGI JKM SEORANG DIRI BAGI URUSAN PENDAFTARAN MUSA: "MIZZ NINA TAKDE, DIA TIDUR... SAYA TAK NAK BUKA A1B BEKAS ISTERI SAYA"



"Saya yang pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seorang diri. Mizz Nina takde, dia tidur. Jadi mana kebenarannya? Awak pendakwah tapi sanggup memfitn@h orang untuk kepentingan sendiri."
Ujar Noh Salleh menerusi temu bual bersama Hib Glam, dimana penyanyi itu mendedahkan dia hadir ke Jabatan Kebajikan Masyarakat seorang diri bagi urusan pendaftaran anak angkatnya, Musa.

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai per£butan hak penjagaan anak antara Noh dan bekas isterinya, Mizz Nina.

Noh sebelum ini memberitahu, dia bersedia untuk menunjukkan bukti bahawa dia juga penjaga sah anak angkatnya itu, namun tiada kesempatan untuk menunjukkan bukti kerana Mizz Nina menarik semula kes penjagaan penuh anak angkat mereka.

Dalam pada itu, Noh berkata, dia tidak mahu membuka a1b bekas isterinya itu, meskipun dia mempunyai bukti.

Tambah vokalis kumpulan Hujan itu lagi, sebaiknya jika bukti itu dikemukan di mahkamah.

"Saya tak nak buka a1b bekas isteri saya. Saya ada bukti, macam-macam ada. Saya mengharapkan mahkamah menjadi saksi," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: