14 February 2024

PENGADU DAKWA EBIT LEW KERAP HUBUNGI, HANTAR GAMBAR, TUNJUK KEM4LUAN



Seorang pengadu wanita yang merupakan saksi pendakwaan kesembilan itu memberitahu Mahkamah Tenom bahawa pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew sering menghubunginya melalui panggilan telefon dan video WhatsApp.
Menerusi laporan Sinar Harian, pengadu tersebut turut memaklumkan, pendakwah itu turut menghantar gambar serta menunjukkan kem@luan.

Dalam keterangan menerusi pemeriksaan utama dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, pengadu mengakui ada berhubung dengan pendakwah itu di Instagram.

Kata pengadu itu lagi, dia memberikan nombor telefonnya tanpa rasa ragu kepada Ebit Lew selepas pendakwah tersebut memintanya kerana tidak memikirkan perkara yang tid@k baik.

"Seingat saya pada 4 Mac 2021, saya ada hubungi Ebit Lew di IG beliau, kemudian dia membal@s mesej saya dan meminta nombor telefon.

"Tanpa rasa ragu, saya memberikan nombor telefon saya kemudian dia terus WhatsApp. Dia bertanyakan tentang apa mas@lah saya dengan suami.

"Ebit Lew membuat panggilan dan masa itu saya sambut panggilan beliau kerana bagi saya, tidak fikir perkara yang buk@n-buk@n," katanya.

Bagaimanapun, pengadu memaklumkan, pada jam 4.30 petang 14 Mac 2021, pendakwah itu buat pertama kali menghantar gambar kem@luan.

Pengadu turut bertanya kenapa pendakwah tersebut melakukan perkara sedemikian, namun pendakwah itu sebaliknya cuba mempeng@ruhinya untuk memberikan gambar kepadanya.

"Masa itu dia beritahu isteri tidak dapat melayan kehendak dia, kehendak s£ks dia yang terlalu tinggi. Saya cuba menasihati tetapi beliau tidak meng£ndahkan, malah terus WhatsApp dan cuba mempeng@ruhi saya untuk memberikan gambar kepadanya," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: