24 February 2024

PUTERI SARAH : "INI FITN4H PALING T£RUK SEBAB DIA CAKAP SAYA AMBIL DAD4H"



Pelakon Puteri Sarah Liyana, 39, memberitahu, ini adalah fitn@h paling t£ruk yang pernah dia terima apabila dituduh mengambil dad@h dan kerana tuduhan tersebut, dia juga sudah melakukan ujian air kencing untuk membuktikan dirinya tidak bersal@h.
"Ini fitn@h paling t£ruk sebab dia cakap saya ambil dad@h. Saya juga teruskan kes sam@n ini untuk bersihkan nama baik saya.

"Masa dia (Nazatul) tuduh saya ambil dad@h pada hari dia keluar dalam program Melodi, saya sudah pergi buat 'urine test' (ujian air kencing) siap- siap untuk membuktikan yang dia sal@h," ujar Puteri Sarah.

Jelas Puteri Sarah lagi, dia juga sudah memberi tempoh untuk Nazatul berbincang dengannya bagi menyelesaikan perkara itu secara baik sebelum ini tetapi tidak berjaya.

Katanya, adiknya yang juga akauntan dalam syarikat juga sudah cuba untuk menyelesaikan perkara itu dengan pihak Nazatul sebelum kes berkenaan di bawa ke mahkamah.

"Pihak kami sudah beri masa kepada dia untuk selesaikan perkara itu sejak Disember ketika saya mengerjakan umrah dan bercuti ke Istanbul dan Dubai ketika itu.

"Namun, dia tidak memberi maklum balas dan tidak mengangkat panggilan telefon mahupun membalas WhatsApp hingga akhirnya dia sendiri yang kata tak nak jumpa pihak kami," katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berharap tindakannya ini bukan setakat untuk membersihkan namanya tetapi pengajaran buat Nazatul selepas ini.

"Sebagai 'founder' (pengasas syarikat) yang keluar duit, kita harus berhati-hati dalam memilih siapa yang kita mahu bekerjasama.

"Sebab kita tak tahu sebenarnya dalam urusan perniagaan ini ada orang yang tak jujur dan tak t£lus. Ia juga pengajaran buat saya dan orang luar," jelasnya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Puteri Sarah iaitu Azmi Mohd Rais ketika dihubungi berkata, notis tuntutan (LOD) sudah dikeluarkan kepada pihak Nazatul.

"Tindakan saman dalam proses untuk dikeluarkan selepas ini," tuturnya.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan sam@n serta tuntutan RM1 juta sebagai g@nti rvgi terhadap Nazatul Nazira yang didakwa menuduhnya dalam urusan perniagaan sebelum ini.

Menerusi tuntutan kenyataan fitn@h dikongsinya di Instagram, terdapat lima bukti kenyataan dibuat sebelum ini. Antaranya Puteri Sarah dituduh mengambil dad@h.

Selain itu, individu terbabit menggelarnya seorang bod0h somb0ng, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama Andy, menganggap sebagai rakan kongsi dan seorang ketua yang suka mengani@ya pekerja-pekerja.

Bukan itu sahaja, Puteri Sarah turut menuntut individu itu menarik semula kenyataan fitn@h yang dilemparkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: