Khabar yang mengatakan pelakon Shakilla Khoriri yang bakal mengakhiri zaman ibu tunggalnya itu akhirnya terjawab apabila pelakon Ramona Zamzam berkongsi sekeping foto bersama Shakilla yang mengenakan busana serba putih.
Dalam perkongsian itu, Ramona atau nama nama penuhnya, Ramona Qadira Mohd Zamzam, 34, juga mendoakan agar Shakilla dikurniakan kebahagiaan yang diimpikan selama ini.
"Semoga kebahagiaan milikmu Shakilla, sayang kau dan Ameena," tulis Ramona yang turut menyertakan tanda pagar 'shakilaxfariz'.
Difahamkan, Shakilla selamat bernikah pagi tadi dengan lelaki pilihannya dikenali Fariz yang didakwa merupakan duda anak satu dan juga seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan sendiri.
Klik untuk gambar besar
Selain Ramona, bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri turut berkongsikan momen di majlis tersebut dan mengucapkan tahniah buat pengantin.
"MashaAllah congratulations Shakilla, you deserve all the stars and the moon (MashaAllah tahniah Shakilla, awak layak mendapat bintang dan bulan)," tulis Shuhada pula di Insta Story.
Melihat pada ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan turut berbahagia apabila episod derita ibu kepada seorang cahaya mata itu berakhir.
Untuk makluman, Shakilla pernah bernikah dengan penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Januari 2018, sebelum mengumumkan penceraian pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment