12 February 2024

REDA MAKIN SUKAR NYANYI LAGU BERNADA TINGGI - ALI XPDC AMAL MAKANAN SUNNAH SEBAGAI RAWATAN ALT£RNATIF



"Saya masih boleh menyanyi, tapi ada ketika stamina 'p@ncit' juga. Saya juga ada mas@lah kalau nak nyanyi lagu bernada tinggi.
"Jadi, bila nak menyanyi lagu tinggi, saya kena turunkan 'key'. Kalau ikutkan, saya memang tak pu@s hati sebab sudah biasa tarik suara tinggi. Tapi, setakat j£ritan yang menjadi 'tanda dagang' saya itu bolehlah sikit-sikit.

"Peminat kenalah reda bila keadaan ini berlaku. Saya pun kena reda juga sebab kalau saya paksa juga dalam keadaan suara seperti ini, t@kut lagi suara bertambah t£ruk dan sus@hlah nak baik."

Demikian ujar penyanyi Ali XPDC yang mengakui mengalami kesuk@ran menyanyikan lagu bernada tinggi, selain mas@lah gag@p, susulan diser@ng angin ahmar dua tahun lalu.

Meskipun situasi itu membimb@ngkannya, namun Ali atau nama penuhnya, Mohd Ali Ismail, 56, berkata, dia reda jika keadaan itu berterusan.

Pada Mac 2022, Ali telah dikejarkan ke Hospital Ampang apabila didapati tidak berm@ya ketika mahu makan sejurus selesai berlatih di studio pemain bass XPDC, Eddie di Pandan Indah.

Difahamkan, ketika itu, Ali dan XPDC giat berlatih sebagai persiapan Konsert Jualan Hitam 2022.

Dalam pada itu, bekas penyanyi kumpulan Terra Rossa itu memberitahu, dia mengamalkan makanan sunnah sebagai rawatan alt£rnatif, berikutan mas@lah kesihatan masih belum pulih sepenuhnya.

"Saya tiada buat rawatan susulan di hospital, tapi saya hanya amalkan makanan sunnah seperti Habbatus Sauda," katanya ketika ditemui pada sidang media Majlis Makan Malam Kesadaran Amal 2024, baru-baru ini.

Konsert yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Sabtu ini adalah untuk membantu Madrasah UlumulQuran Wal Ahadith (Al-Muqwa) di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor yang menghadapi mas@lah kewangan akib@t pand£mik C0V1D.

Ali akan menjayakan konsert berkonsepkan Islamik itu bersama empat rakan r0ckers lain iaitu Datuk Awie, Ijam Medicine, Ady Wow dan Anjang Terra Rossa.

"Selain menyanyikan lagu XPDC, mungkin ada juga lagu daripada kumpulan Terra Rossa. Saya nyanyi santai saja malam itu. Saya harap semua peminat dapat hadir beramai-ramai menyokong acara amal ini," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: