11 February 2024

SP0TIFY - KUGIRAN MASDO UNGGULI TANGGA PERTAMA



Setakat 5 Februari lalu dengan jumlah sebanyak 1.39 juta, kugiran Masdo telah mengungguli tangga pertama artis Malaysia paling banyak didengari di Sp0tify.
Berhubung hal itu, penyanyi kumpulan berkenaan iaitu Ali Sariah berkata, mereka melihatnya sebagai satu pers@ingan sihat dan org@nik daripada cap@ian pendengar apabila membabitkan platform penstr1man digital.

"Ikutkan, kami tidak sangkalah. Iyalah kami bers@ing dengan nama-nama besar seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza. Kalau mengenai pers@ingan secara sihat, kami memang okay.

"Tak ada pun nak letak (harapan) atau beriya-iya dapatkan nombor satu. Ia lebih kepada (cap@ian) organik, kami sendiri pun tak ada 'h@rdsell' sangat. Biarlah ia semula jadi disebabkan karya itu," ujarnya.

Difahamkan, pencap@ian itu banyak dibantu lagu 'Pujaanku' duet mereka bersama Aisyah Aziz yang terus rancak menuai pendengar sejak tahun lalu.

"Mungkin disebabkan ia tular di Indonesia dan Singapura. Itu semua buka lagi cap@ian besar kepada pendengar-pendengar. Itu fakt0rnya kemungkinan kami dapat nombor satu tahun lalu," katanya.

Tambahnya lagi, mereka pun tidaklah terlalu t@ksub memant@u kedudukan mereka di platform penstr1man tapi sesekali akan buat carian juga.

"Secara terper1ncinya tak ada (t@ksub pant@u). Kalau di Twitter itu, saya akan rajin buat carianlah. Saya taip Masdo dan segala apa yang diperkatakan akan keluar.

"Dari situlah jumpa akaun yang rajin kemas kini mengenai data Sp0tify dan seangkatannya," tuturnya.

Menerusi carta tersebut, Masdo berada di atas Yuna, Siti Nurhaliza, Sufian Suhaimi, Exists, Aizat Amdan, Ella, Hael Husaini, Search dan Faizal Tahir.

Masdo bakal ber£ntap pada Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) pada 3 Mac nanti menerusi lagu 'Inilah Jalannya'. Beberapa hari sebelum itu, mereka juga akan terbabit menjayakan siri konsert jelajah di United Kingdom.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: