11 February 2024

HUJUNG TAHUN INI - MARSHA RANCANG BUAT RAWATAN IVF



Semua sedia maklum mengenai penyanyi Marsha Milan yang masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata selepas lapan tahun berkahwin.
Terkini, Marsha, 38, memberitahu, hujung tahun ini, dia merancang untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha untuk mendapatkan anak.

Kata bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu lagi, dia juga sudah berbincang dengan suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Marsha berkata, dia juga sedang membuat penyelid1kan berkaitan IVF dengan bertanya pada beberapa rakan, termasuk yang sedang menjalani pros£dur berkenaan.

"Buat masa ini, saya mahu fokus pada persiapan untuk pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang akan berlangsung pada 3 Mac ini dulu.

Klik untuk gambar besar
"Selepas AJL38, barulah saya buat persiapan untuk rawatan IVF pula. Insya-Allah, jika tiada hal@ngan, saya mahu buat rawatan IVF pada penghujung tahun ini," jelasnya.

Marsha yang mengetahui pros£dur rawatan itu bukannya mudah, turut memaklumkan, salah seorang rakannya kini sedang buat rawatan IVF dan masih dalam tahap awal.

"Saya juga nak tengok perjalanan rawatan IVF kawan saya itu terlebih dulu. Sebenarnya, saya juga t@kut untuk buat rawatan IVF kerana ada yang beritahu ia 'p@inful journey' (perjalanan meny@kitkan)," ujarnya.

Bagaimanapun, jelas Marsha, suami dan keluarga mentuanya tidak beri tek@nan soal untuk mendapatkan anak itu.
Ini kerana kata Marsha, suaminya sangat terbuka mengenai perkara itu dan sentiasa bersikap positif. Pada masa sama, ibu mentuanya juga tidak beri tek@nan padanya dalam soal anak berkenaan.

"Dia tidak mend£sak dalam soal itu dan percaya pada soal rezeki. Sebaliknya saya pula yang bertanya bila mahu bincang soal untuk dapatkan anak itu.

"Mak mentua ada bertanya sama ada saya mahu buat rawatan IVF sambil kami masak di dapur untuk makan tengah hari pada awal tahun lalu.

"Selepas itu, mama (ibu mentua) tidak bertanya lagi sampai sekarang," tutur Marsha yang sudah merancang untuk buat rawatan IVF pada tahun lalu, namun ia terpaksa dit@ngguhkan kerana dia sibuk dengan komitm£n pada AJL37.

Untuk makluman, Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: