11 February 2024

"KAMI PUN SUDAH IBARAT ADIK-BERADIK, HUBUNGAN KAMI MASIH RAPAT" - FORTEEN & IZZUE ISLAM BERSATU HASIL SINGLE TERBAHARU



Nampaknya hubungan antara kumpulan Forteen dan Izzue Islam masih baik dan rapat apabila buktinya mereka bersatu bagi menghasilkan single terbaharu berjudul 'Noktah Epilog Cinta'.
Ahli kumpulan itu, Ameer, berkata, sejak ketiadaan Izzue dalam kumpulan berkenaan, Forteen sudah hampir lima tahun tidak mengeluarkan single baharu.

"Kali terakhir Forteen tampil dengan single adalah pada tahun 2019, jadi ini adalah masa sesuai untuk kami muncul semula dengan satu buah tangan.

"Tapi apabila fikir semula tak lengkap kalau Forteen tampil bertiga sahaja, jadi kami ajak Izzue untuk jayakan projek ini.

"Kami pun sudah ibarat adik-beradik. Hubungan kami masih rapat. Ketika kami menyuarakan hasrat ini Izzue sangat berminat," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya pula adakah terdapat kemungkinan Izzue akan kembali menyertai kumpulan Forteen, Ameer bagaimanapun meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk mereka.

"Kalau nak ikutkan kami nak hasilkan lebih banyak single lagi. Namun itu semua terserah pada tuan punya badan sendiri.

"Setakat ini tiada perancangan untuk kembali berempat secara tetap, tapi Insya-Allah kalau ada rezeki untuk kami hasilkan single atau album dengan Izzue kenapa tidak?" katanya.

Selain Ameer dan Izzue, Forteen turut dianggotai Ariz Lufias dan One.

Untuk makluman, sekitar tahun 2018, Izzue mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan Forteen ketika segmen karpet merah final Gegar Vaganza musim kelima (GV5).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: