11 February 2024

SEJAM BERSIARAN RADIO PODCAST - TYZO TAK SANGKA DAPAT SAMBUTAN, TERIMA 3.4 TANDA SUKA



"Sebenarnya saya sekadar ingin cuba-cuba, tak sangka pula dapat sambutan sangat menggalakkan. Ramai pendengar menyangka saya sudah hil@ng terus, jadi apabila muncul pada sesi 'live' semalam, mereka terkejut.
"Mereka beritahu rindukan kel£tah saya. Lebih membuatkan saya terharu apabila pendengar kanak-kanak berusia 9 tahun hubungi dan beritahu meminati saya kerana ibunya juga salah seorang pendengar saya sebelum ini."

Itulah ujar bekas penyampai radio Sinar FM, Tyzo Xander, 48, dimana dia tidak menyangka mendapat sambutan selepas memulakan siaran dalam platform audio siar atau podcast menerusi TikTok sejak semalam.

Tyzo yang pernah memenangi trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 itu memberitahu dia melakukan podcast tersebut kerana tidak mahu hilang b1sa sebagai penyampai radio.

Selepas hampir sebulan suaranya tidak berkumandang di cor0ng radio, kemunculan Tyzo di podcast ternyata cukup dinantikan pendengar apabila berjaya meraih 3.4 juta tanda suka dengan hampir 130,000 penonton sepanjang lebih sejam bersiaran.

Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain Idris, yang memulakan siaran jam 5.30 petang semalam berkata, setakat ini, dia masih belum memutuskan untuk bersiaran setiap hari.

Bagaimanapun, Tyzo menjelaskan, dia masih lagi sedang menyesuaikan diri kerana belum mahir mengendalikan segmen secara 'live'.

Tambahnya lagi, dia memang merancang mengendalikan podcast tetapi selepas berjumpa dengan Linda Onn barulah inspirasi mewujudkan radio audio siar selepas direhatkan daripada Suria FM, bulan lalu.

"Selepas diundang sebagai tetamu untuk radio TikTok Linda Onn, saya mendapat inspirasi untuk buat perkara sama dan terus membeli peralatan.

"Walaupun ia sebenarnya sesi 'live', tapi saya nak buatkan suasananya nampak seperti konti radio sebenar.

"Buat masa ini, saya masih belum pasti sama ada akan bersiaran setiap hari ataupun tidak. Ia bergantung pada jadual sebab saya bimb@ng tak dapat berikan komitm£n.

"Tapi saya akan cuba bawa kelainan setiap kali bersiaran, dengan membincangkan topik tertentu atau mungkin mengund@ng tetamu supaya pendengar tak b0san," katanya.

Dalam pada itu, Tyzo berkata, setakat ini, tiada sebarang tawaran yang diterima, ketika mengulas mengenai tawaran sebagai penyampai radio daripada stesen radio lain.

Ujarnya, dia masih sayangkan dunia penyiaran radio dan berharap agar dapat meneruskan profesion dalam dunia radio.

"Setakat ini, belum ada lagi tawaran daripada mana-mana stesen radio. Sekiranya ada, memang saya berminat. Ini kerana saya masih sayangkan kerjaya sebagai penyampai radio.

"Jadi, sementara belum ada ruang dan peluang, saya bersiaran di aplikasi TikTok. Daripada tak buat apa, dapat juga saya asah bakat supaya kebolehan tidak pud@r," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: