07 February 2024
"SEBAGAI IBU, SAYA MENYOKONG APA SAJA MINAT MEREKA" - FASHA SANDHA HORMATI PRINSIP BEKAS SUAMI TIDAK BENARKAN ANAK-ANAK CEBURI BIDANG SENI
Pelakon Fasha Sandha memberitahu, dia menyokong apa saja minat anak-anaknya, selain mahu menghormati prinsip dan keputusan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai yang tidak membenarkan anak-anak mereka menceburi bidang seni.
Akui Fasha, anak perempuannya yang semakin meningkat remaja iaitu Putri Rasyha Jemyma ada menerima tawaran lakonan, namun menolak atas permintaan Jejai.
"Tidak untuk Jemyma, tapi mungkin akan terima untuk Aisha kerana bapa kepada Jemyma tidak memberi keizinan untuk dia berada dalam bidang (seni) ini.
"Jadi terpulanglah kepada minat mereka untuk berada dalam apa jua bidang pun. Sebagai ibu, saya menyokong apa saja minat mereka," katanya.
Tambah Fasha atau nama penuhnya, Nur Fasha Sandha Hassan, dia berasa gembira dan bersyukur kerana anak-anak kesayangannya sudah semakin bijak dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Dalam masa sama, Fasha turut berkongsi kebahagiaan sebagai ibu yang melihat anak perempuannya membesar, dimana dia mahu Jemyma menjadi seperti dirinya yang berdikari dan tabah dalam melayari kehidupan.
Sementara itu, Fasha berkata, anak bongsunya iaitu Aisha Amaira hasil perkongsian hidup dengan pelakon Aidil Aziz turut menunjukkan minat dalam bidang seni.
"Aidil tidak menghalang sekiranya Aisha ingin menceburi bidang seni. Biarpun masih kecil, nampak minatnya juga sudah ke arah industri kreatif," tuturnya.
Untuk makluman, Fasha mempunyai tiga orang cahaya mata. Menerusi perkahwinan pertama, pelakon itu dikurniakan dua anak iaitu Putra Rayfal dan Putri Rasyha Jemyma.
Manakala menerusi perkongsian hidup bersama Aidil pula, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Aisha Amaira.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment