04 February 2024

SHILA AMZAH & SUAMI MAHU JALANI KEHIDUPAN SEDERHANA



"Sudah ada beberapa pembeli yang berminat untuk membeli banglo berkenaan tetapi kami masih belum putuskan (pilih pembeli) lagi.
"Saya sudah sampai satu tahap tak kisah berapa harga yang dapat (nak jual) kerana mahu 'move on' dan hidup yang tenang."

Itulah ujar penyanyi Shila Amzah yang mengulas mengenai banglo dua tingkat miliknya dimana ia masih dalam proses untuk dijual.

Sebelum ini, rumah banglo dua tingkat dengan memiliki 12 bilik tidur di Hulu Langat, Selangor ini pernah menc£tuskan perbal@han antara Shila dan keluarganya, sekali gus menarik perhatian netizen di media sosial.

Dalam pada itu, Shila atau nama sebenar, Nurshahila Amir Hamzah, 34, berkata, dia dan suaminya, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, juga sudah membuat perancangan kewangan untuk hari tuanya bersama anak-anak.

Klik untuk gambar besar
Jelasnya, dia dan Ubai tidak pernah menganggap kebendaan (rumah besar) atau kereta sebagai as£t dan pengukur kejayaan seseorang.

"Saya dan suami mahu menjalani hidup yang sederhana dan tidak berlebihan. Saya percaya, pada zaman sekarang, rumah bukanlah lagi satu aset sebaliknya li@biliti.

"Kami juga mahu menjalani hidup yang sederhana dan memiliki 'fin@ncial fre£dom' (kebebasan kewangan) dan tak nak pening kepala," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai rumahnya lagi, Shila menjelaskan, dia dan suaminya itu juga selesa dengan menghuni kediaman yang lebih kecil ketika ini.
Tambah Shila, dia dan Ubai kini menetap di rumah teres tiga tingkat (link terrrace house) yang jauh lebih kecil berbanding banglo miliknya itu.

"Rumah besar (banglo) nampak seperti benda yang berlebihan. Duduk di rumah teres yang lebih kecil ini dengan seorang pembantu pun sudah cukup," kata penyanyi itu yang turut memberitahu, dia dan Ubai juga mahu menjalani kehidupan seperti orang biasa.

"Saya dan Ubai juga mahu mendidik diri kami jika Tuhan kurniakan kami rezeki yang lebih, Insya-Allah, kami tak nak cuba naikkan taraf lagi dan mahu relaks seperti orang biasa.

"Macam dulu baju ketika jadi artis pun berlamb@k dan sekarang bila sudah ada 'stylist' (penata gaya), baju saya tak simpan sendiri dan saya boleh hidup macam minim@lis sekarang," tuturnya.



         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: