"Konsep saya senang, selesai berlakon dan terus habis. Tak ada nak terbawa-bawa watak dalam drama itu hingga balik ke rumah. Sebab, saya hanya melakonkannya (watak) di lokasi saja.
"Saya dan isteri juga sudah kenal lama serta kami pun dah dikurniakan dua anak. Jadi, saya tak pernah terfikir nak buat benda-benda macam itu (cur@ng). Lagi pula, kerja saya memang berlakon."
Itulah jelas pelakon Shukri Yahaya, 36, yang menyifatkan tiada sebab untuk dia bersikap cur@ng terhadap isteri tercinta, Tya Adnan hanya kerana sering berpasangan dengan rakan pelakon wanita cantik dalam drama dibintanginya.
Kata Shukri, dia tidak sama sekali terbawa-bawa setiap karakter lakonannya hingga balik ke rumah kerana hanya melakonkan watak-watak itu di set penggambaran saja, termasuk menjaga bat@s perg@ulan.
Dalam pada itu, tambahnya, dia juga selesa apabila kebanyakan peminatnya sentiasa mendoakan yang baik-baik terhadap rumah tangga dan keluarganya agar terus menjalani kehidupan bahagia tanpa berdepan sebarang g@ngguan.
Klik untuk gambar besar
Shukri yang mula dikenali menerusi drama 'As@m Ped@s Untuk Dia' di TV3 hingga kini itu sudah membintangi pelbagai drama dan digandingkan berlakon dengan ramai pelakon wanita cantik dan popular.
Terdahulu, menerusi drama 'Layang Layang Perkahwinan', Shukri yang melakonkan watak utama, Azim Hasibullah, terkait kontr0versi membabitkan babak lakonannya yang didakwa berunsvr luc@h atau 's0ft p*rn' bersama pelakon Alya Iman hingga dik£cam hebat netizen.
Untuk makluman, Shukri bertemu jodoh dengan Tya yang juga pelakon filem 'Ul@r' pada November 2015. Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Aaira Ameena, 8 dan Maleeq Miqayl, 4.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment