27 February 2024

WAWA ZAINAL PILIH MISYA JADI MODEL TUDUNG TERIMA PUJIAN



Pelakon dan usahawan Wawa Zainal baru-baru ini telah berkongsi wajah baru bagi koleksi tudung terbarunya dimana dia memilih madu kepada Marissa Dania iaitu Misya Mazlan.
Umum sedia mengetahui, nama Misya menjadi bualan selepas suaminya, Aslam didakwa sudah bernikah lagi dengan pemp£ngaruh media sosial itu di Songkhla, Thailand.

Melihat pada perkongsian itu yang dimuat naik di Instagram, Wawa dan Misya kelihatan cukup anggun menggayakan koleksi tudung terbaru Wawascarves dalam satu acara.

Lebih tarik perhatian apabila Wawa menyifatkan Misya seorang yang lemah lembut dan memuji kecantikan ibu kepada dua cahaya mata itu.

Perkongsian isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tind@kan Wawa berkongsi rezeki dengan Misya.

Malah, ramai yang setuju dengan pelakon itu mengambil wanita yang 'terani@ya' dan bukan ambil wanita yang 'mengani@ya'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: