Pelakon Zara Zya dan Hafreez Adam yang sebelum ini mencapai persetujuan memutuskan tali pertunangan pada November 2019 itu akhirnya ditemukan buat pertama kali pada majlis di sini kelmarin, selepas lima tahun putus tunang.
Menurut Hafreez, mereka tiada mas@lah, memandangkan ikatan pertunangan itu diputuskan secara baik.
Malah, jelas pelakon itu lagi, tidak timbul rasa kek0k, memandangkan industri seni kecil dan berpot£nsi untuk bert£mbung bila-bila masa.
"Apa yang boleh saya katakan, kami masih bertegur dan hubungan kami okay saja. Tidak ada sebarang mas@lah atau apa-apa. Macam saya pernah cakap sebelum ini, kami berpisah pun cara baik.
"Sebenarnya ini kali pertama saya jumpa dia selepas sekian lama. Tapi kita tahu benda ini akan terjadi. Kami tak ada mas@lah untuk bertegur sapa.
"Malah tiada mas@lah untuk bekerjasama. Ikutkan ada saja bertegur, cuma berjumpa... ini kali pertama. Tak ada rasa kek0k… walaupun selepas kejadian itu (putus pertunangan), kami bawa haluan masing-masing.
"Memang perpisahan secara baik. Kita memang tutup buku itu. Kita ada minta maaf dan doakan yang terbaik untuk satu sama lain," katanya.
Sementara itu, Zara turut menjelaskan, tiada sebab untuk mereka bermusvhan, memandangkan dia dan bekas tunangnya itu bekerja dalam satu industri.
"Alhamdulillah, okay saja. Mungkin sebelum ini tak bertemu sebab masing-masing tak ada di tempat kejadian. Hari ini bertemu, sebab dua-dua ada. Kami pun profesional, boleh saja bertegur. 'Past is past'.
"Masing-masing pun ada hala tuju sendiri. Bagi saya sendiri tak ada mas@lah sebab kita dalam satu industri. Saya pun buat apa nak ada mas@lah dengan dia," ujarnya.
Terdahulu, dua pelakon itu mula berkawan sejak terbabit dalam drama 'Mona Lisa' sekitar tahun 2017, sebelum mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober 2019.
Namun, selepas sebulan, Hafreez mengesahkan hubungannya dengan Zara sudah berakhir sejak November 2019 tanpa memberi penjelasan lanjut mengenai perpisahan mereka.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment