02 March 2024

AKUI MASIH 'SINGLE' - AMIRA OTHMAN MAHU LELAKI BERJAMBANG



Penyanyi Amira Othman yang kini sudah mencecah usia 30 tahun itu mengakui ada ter@sa h@ti apabila ditanya mengenai soal kahwin, apatah lagi apabila tiba hari raya nanti.
Mengakui masih 'single', Amira mengulas, adakalanya dia tidak tahu apa untuk dijawab kerana katanya, soal jodoh dan pertemuan dengan pasangan adalah ketentuan Tuhan.

"Saya faham itu soalan-soalan lazim, tambah pula nak raya ni kan? Kenalah bersedia nak menjawab. Tapi saya agak ter@sa h@ti juga bila ada orang persoalkan kat saya.

"Nanti kahwin lambat nak beranak susah. Itu diluar bidang kuasa saya. Kadang-kadang saya tak tahu nak jawab apa bila orang tanya. Umur kita bukan makin muda, mestilah saya mahu lelaki s£rius dan niat dia memang untuk berkahwin.

"Bukannya sekadar untuk mengenali, bercinta lima atau tujuh tahun. Saya dah tak nak lalui fasa-fasa itu," ujar Amiera yang juga berkongsi, dia mahukan lelaki yang penyabar serta bertanggungjawab dan bonus jika lelaki itu berjambang.

"Saya rasa saya cari seorang yang bertanggungjawab sebagai suami dan seorang yang penyabar. Berbanding orang yang tidak penyabar ni, dia punya cara untuk buat keputusan itu lebih kepada em0si dan sebagainya. Dan kalau dia ada jambang itu bonuslah untuk saya," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: